Harimau Malaya jinakkan Maldives 3-0
Artikel lain:
Jendela perpindahan pertama Liga Malaysia berlangsung selama 12 minggu
Selangor bukan destinasi Safiq Rahim
Tiga pemain muda tumpuan ABK2018
Argentina terus 'sisih' Messi
Alex sah angkat kaki
PENCALONAN TOP 3 TERBAIK ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2018
'F:30 bukan angan-angan'
Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa
Presiden PAFA digesa letak jawatan
MU lamar Zainal
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Harimau Malaya melepasi ujian awal sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2018 selepas melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Maldives dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.
Pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati di awal perlawanan dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.
Namun pada minit ke-15, bermula dengan gerakan Norshahrul Idlan Talaha yang bijak melakukan hantaran ke dalam kawasan penalti, pantas disambut Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak yang menampan bola menerjah gawang Maldives untuk jaringan pertama negara.
Berselang seminit kemudian, pasukan pelawat yang terkenal dengan jolokan ‘The Red Snapper’ itu hampir menyamakan kedudukan apabila rembatan Ali Fasir hasil dari satu serangan balas berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan keputusan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, perlawanan menjadi lebih rancak dengan Maldives terdesak untuk mencari gol penyamaan dan barisan anak buah Tan Cheng Hoe pula semakin bersemangat untuk menggandakan jaringan
0 comments:
Catat Ulasan