Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 4 November 2018

Cheng Hoe gugur Azam, Azrif, Azzizan


Norshahrul Idlan Talaha mengawal bola dari pemain Maldives ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Saddam Yusoff

Cheng Hoe gugur Azam, Azrif, Azzizan

Artikel lain:
FAM digesa guna VAR musim depan
Harimau Malaya jinakkan Maldives 3-0
Jendela perpindahan pertama Liga Malaysia berlangsung selama 12 minggu
Selangor bukan destinasi Safiq Rahim
Tiga pemain muda tumpuan ABK2018
Argentina terus 'sisih' Messi
Alex sah angkat kaki
PENCALONAN TOP 3 TERBAIK ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2018
'F:30 bukan angan-angan'
Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa
Presiden PAFA digesa letak jawatan
MU lamar Zainal
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019


KUALA LUMPUR: Tonggak tengah Pahang, Nor Azam Abdul Azih antara tiga pemain yang digugurkan jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe selepas Harimau Malaya menewaskan Maldives 3-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Selain Azam, dua lagi pemain - Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Azzizan Nordin turut tidak tersenarai dalam 23 pemain Harimau Malaya yang akan mengharungi kempen Piala AFF Suzuki 2018 bermula Khamis ini hingga 15 Disember depan.


Berdasarkan senarai akhir 23 pemain yang diumumkan Cheng Hoe hari ini, lapan daripadanya terdiri daripada mereka yang pernah berada dalam skuad Harimau Malaya pada Piala AFF Suzuki edisi 2016.

Antara pemain itu termasuk Ahmad Hazwan Bakri, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Syazwan Zainon, Zaquan Adha Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Kumpulan B dibarisi juara bertahan, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor Leste.

Skuad Harimau Malaya bakal membuka tirai kejohanan berdepan Kemboja di Phnom Penh pada Khamis ini sebelum menanti kunjungan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 November.

Selepas itu, Malaysia akan terbang ke Hanoi untuk bertemu Vietnam pada 16 November dan mengakhiri aksi Kumpulan A menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November.

Sepanjang 11 edisi sebelum ini, Malaysia hanya pernah sekali muncul juara Piala AFF Suzuki pada edisi 2010 yang mana ketika itu Cheng Hoe memainkan peranan sebagai penolong jurulatih kepada Datuk K Rajagobal
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog