Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 7 November 2018

PJ Rangers tarik diri saingan Piala FAM



PJ Rangers tarik diri saingan Piala FAM





KUALA LUMPUR: Pertandingan Piala Persatuan Bolasepak Malaysia (Piala FAM) musim depan mula dilanda masalah susulan timbul isu beberapa pasukan dikatakan akan menarik diri daripada menyertai saingan divisyen tiga itu.



Meskipun hanya khabar angin namun satu pasukan iaitu PJ Rangers sudah mengesahkan mereka tidak lagi akan menyertai saingan Piala FAM sejak kali pertama menyertai menyertai pertandingan itu pada 2015.




“Dengan berat hatinya kami mengumumkan penarikan diri daripada saingan Piala FAM untuk musim 2019.



“Namun, PJ Rangers akan terus menurunkan pasukan bagi saingan Liga Super Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) 2019 yang akan dibarisi sebahagian besar pemain AirAsia Allstars,” kata pasukan itu menerusi satu kenyataan, hari ini.



Bagaimanapun, penarikan diri pasukan itu dalam kancah Piala FAM tidak akan menjejaskan perancangan akar umbi mereka khususnya membabitkan pasukan bawah umur.



“Komitmen kami untuk pembangunan akar umbi tetap kekal untuk musim depan apabila enam skuad (lelaki B-8, lelaki B-19, lelaki B-12, lelaki B-14 dan wanita B-16) akan beraksi dalam Liga Remaja Kuala Lumpur AirAsia,” katanya.



Sebagai rekod, pasukan itu mula dikenali dengan nama Air Asia FC sebelum dijenamakan semula dengan nama PJ Rangers bermula 2016.



Edisi lalu menyaksikan mereka berjaya mara sehingga ke separuh akhir Piala FAM namun tumbang di tangan Selangor United 4-3 menerusi agregat.- bharian.com.my




Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog