Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 5 November 2018

PERTANDINGAN BOLASEPAK 7-SEBELAH 30 PASUKAN SEMPENA PIALA SUMBANGSIH KDMM

PERTANDINGAN BOLASEPAK 7-SEBELAH 30 PASUKAN SEMPENA PIALA SUMBANGSIH KDMM


Henry (tengah) bersama pengurus pasukan selepas mesyuarat Liga KDMM di Stadium Likas. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata
KOTA KINABALU: Acara menarik akan diadakan sebagai pengisian sempena perasmian perlawanan Piala Sumbangsih  Liga Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM) 2019 di Stadium Keningau pada 8 Disember ini.
Pengerusi penganjur bersama, Henry Saimpon berkata antara acara tersebut ialah pertandingan bola sepak 7-sebelah melibatkan semua pasukan kecuali Papar dan Keningau yang akan bertembung untuk Piala Sumbangsih.
“Sementara menunggu sepak mula antara Keningau dan Papar yang dijadualkan pada jam 4.30 petang, 30 pasukan lain akan bertanding dalam Karnival Kejohanan Piala KDM Malaysia bermula jam 7.00 pagi.
“Pertandingan tujuh sebelah itu akan dijalankan secara `Double Knock-Out’,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan Liga KDMM 2019 di Stadium Likas.
Dalam pertandingan karnival itu, pasukan akan diletakkan dalam Kumpulan Menang dan Kalah berdasarkan keputusan perlawanan pertama.
Juara Kumpulan Menang akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua (RM3,000) manakala tempat ketiga menerima RM1,000.
Juara Kumpulan Kalah pula menerima RM4,000 dan kedua RM2,000 manakala ketiga menerima RM1,000.
Henry berkata terdapat tambahan hadiah untuk juara kedua-dua kumpulan menerusi perlawanan Juara Antara Juara di mana pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 manakala naib juara RM1,000.
Selain itu, turut diadakan acara balapan membabitkan pertandingan 4×100 meter dan 4x400m terbuka lelaki serta kempen menderma darah. – SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog