Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 4 November 2018

FAM digesa guna VAR musim depan


Bekas ketua unit kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ismail Zakaria. - Foto Ramdzan Masiam

FAM digesa guna VAR musim depan

Artikel lain:
Harimau Malaya jinakkan Maldives 3-0
Jendela perpindahan pertama Liga Malaysia berlangsung selama 12 minggu
Selangor bukan destinasi Safiq Rahim
Tiga pemain muda tumpuan ABK2018
Argentina terus 'sisih' Messi
Alex sah angkat kaki
PENCALONAN TOP 3 TERBAIK ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2018
'F:30 bukan angan-angan'
Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa
Presiden PAFA digesa letak jawatan
MU lamar Zainal
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019

KUALA TERENGGANU: Kecewa dengan mutu pengadilan pada aksi final Piala Malaysia Oktober lalu, bekas ketua unit kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ismail Zakaria menggesa badan induk bola sepak negara segera menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR) bermula musim depan.

Beliau berkata, walaupun VAR menelan kos jutaan ringgit, tetapi demi meningkatkan mutu pengadilan selain mengelak ada pasukan menjadi 'mangsa' pengadil, teknologi itu adalah jawapan terbaik menangani isu pengadil kontroversi sebagaimana aksi Piala Dunia di Russia pada Jun dan Julai lalu.


"Selepas mutu pengadilan Suresh Jayaraman begitu teruk pada aksi final itu yang dapat disaksikan di seluruh dunia, saya fikir kini sudah tiba masanya teknologi VAR perlu dipercepatkan penggunaannya sekurang-kurangnya bermula saingan Piala Malaysia jika tidak sempat dalam aksi liga.”

"Hal ini penting supaya keputusan tepat diperolehi kerana impaknya cukup besar bukan hanya dapat meningkatkan mutu pengadilan, tapi tidak ada lagi pasukan dianiaya oleh pengadil yang tidak bijak membuat keputusan.”

"VAR ini juga dapat membantu pengadil membuat keputusan dengan lebih tepat kerana setiap situasi itu (insiden) berlaku dengan pantas dan jika pengadil itu lalai ataupun ragu-ragu, teknologi ini adalah jawapannya sekali gus dapat mengelak ada pemain dan pasukan teraniaya.”

"Namun saya tahu teknologi ini begitu tinggi kosnya, tapi persoalannya sampai bila? Atau berapa banyak lagi pasukan bakal teraniaya sedangkan Liga Malaysia (Liga M) diadakan setiap tahun?.

"Oleh itu walau apa cara sekalipun FAM perlu perhalusi perkara ini dan memikirkan kaedah terbaik demi pembangunan bola sepak negara selain segera melaksanakan VAR," kata Ismail yang turut bersetuju dengan pandangan Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan pengadil dari luar mengendalikan perlawanan penting dalam Liga M.

Pada Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh menyatakan sebanyak RM24 juta diperlukan bagi membolehkan teknologi VAR itu dilaksanakan di negara ini sekali gus memaksa FAM memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk menggunakan teknologi berkenaan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog