Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 5 November 2018

KENINGAU VS PAPAR, SINGKAP TIRAI LIGA KDMM 2019

KENINGAU VS PAPAR, SINGKAP TIRAI LIGA KDMM 2019



Henry (kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Liga KDMM 2019 di Penampang. – Gambar SNT / Ehsan KDMM
PENAMPANG: Perlawanan Piala Sumbangsih Keningau bertemu Papar akan membuka tirai kejohanan Liga Bola Sepak KDMM 2019 edisi kedua di Stadium Keningau pada 8 Disember ini.
Pengerusi Penganjur bersama kejohanan, Henry Saimpon berkata pemenang Piala Sumbangsih bakal meraih hadiah wang tunai RM10,000 manakala RM2,000 pagi pasukan yang tewas.
Keningau merupakan juara liga edisi pertama kejohanan 2014-2015 manakala Papar adalah juara Piala FA kejohanan.
“Kejohanan akan diteruskan dengan saingan liga yang dijadualkan bermula pada minggu kedua atau ketiga Januari tahun depan.
“Boleh dikatakan, segala persiapan untuk Liga KDMM 2019 berjalan lancar. Saya difahamkan, pasukan yang mengambil bahagian juga sedang giat membuat persiapan masing-masing,” kata selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kejohanan itu.
Sebanyak 32 pasukan, majoriti adalah pasukan daerah menyertai kejohanan anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah.
Henry berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah penaung kejohanan manakala Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri yang juga Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony selaku Presiden Kejohanan Liga KDMM 2019.
Pengerusi Penganjur bersama kejohanan adalah Menteri Belia Dan Sukan Negeri, Datuk Frankie Poon dan Henry yang juga Ketua Belia KDM Malaysia.
Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM300,000 termasuk RM100,000 untuk juara liga, kedua RM50,000, ketiga RM30,000 dan keempat RM15,000. Lapan pasukan yang layak ke suku akhir juga masing-masing akan menerima RM2,000.
Turut disediakan adalah RM500 untuk Pemain Terbaik Pusingan Akhir, Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik serta RM2,000 untuk Fair Play Pusingan Akhir.
Kejohanan turut mempertandingkan pertandingan Piala FA yang menawarkan wang tunai RM50,000 untuk juara dan RM10,000 untuk naib juara.
Persaingan Piala FA yang akan dijalankan secara kalah mati dijadualkan bermula selepas saingan liga peringkat kumpulan selesai.
Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jellysius di talian 011-19056284. – SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog