Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 9 November 2018

Selepas Subkhiddin, Kassim dituntut letak jawatan


KASSIM Kadir Bacha

Selepas Subkhiddin, Kassim dituntut letak jawatan




KUALA LUMPUR: Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Salleh melepaskan kesemua jawatan termasuk Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) badan induk itu wajar dan tepat.



Menurut bekas pengadil FIFA yang enggan namanya disiarkan berkata, kesilapan Subkhiddin dalam memilih Suresh Jayaraman sebagai pengadil pada aksi final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC (TFC) pada 27 Oktober lalu antara bukti menunjukkan kegagalan Subkhiddin menerajui jawatankuasa berkenaan.




Malah, katanya, Ketua Jabatan Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha juga perlu meletakkan jawatan kerana keputusan melantik Jayaraman turut dicadangkan olehnya pada mesyuarat pemilihan pengadil sebelum aksi final itu.



"Sepatutnya bukan Subkhiddin saja, Kassim juga bertanggungjawab di atas pemilihan Jayaraman itu. Ekoran mutu pengadilan yang amat lemah dalam sejarah perlawanan akhir itu, ia menunjukkan bahawa Jawatankuasa Pengadilan dan Jabatan Pengadilan FAM adalah lemah dan tidak berkaliber.



"Maka, saya dan rakan pengadil lain berpendapat semua ahli jawatankuasa pengadil perlu mengikut jejak Subkhiddin melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada muka baharu yang lebih bagus daripada mereka," katanya kepada Sukan NSTP hari ini.



Pada Selasa lalu, Subkhiddin mengambil keputusan mengejut dengan melepaskan semua jawatan dalam FAM selepas dikatakan tidak tahan dengan komen negatif netizen terhadap anggota keluarganya di laman sosial.



Kecaman itu susulan rasa ketidakpuasan hati netizen berhubung perlantikan Jayaraman yang didakwa membuat beberapa keputusan kontroversi termasuk membatalkan dua gol Perak pada aksi final Piala Malaysia yang dikatakan sebagai jaringan sah.



"Kami sebenarnya dah lama bersabar dengan tindak tanduk Subkhiddin yang dilihat membelakangkan kami dan tidak menjaga kebajikan pengadil.



"Malah, Kassim yang diberikan kuasa di Jabatan Pengadilan FAM pula hanya nak naikkan pengadil dari negeri kelahiran dia Melaka saja dan ketepikan pengadil dari negeri lain. Ini tidak adil kepada pengadil dari negeri lain yang sebenarnya jauh lebih bagus daripada yang dibawa oleh Kassim.



"Keadaan ini jelas tidak sihat untuk pembangunan pengadil di Malaysia. Sepanjang saya berkecimpung dalam arena pengadilan, kualiti pengadil makin teruk dan tak sama seperti 10 atau 15 tahun lalu,.



"Mungkin Tuhan nak tunjukkan sesuatu dan ia terjadi pada final itu sekali gus membuka segala kelemahan" katanya yang pernah mengendalikan perlawanan akhir Piala Malaysia beberapa tahun lalu.


Sumber: bharian.com.my






Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog