Peluang bertemu Didier Drogba

Pemain Chelsea
KUALA LUMPUR - Peminat-peminat pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC akan berpeluang bertemu dengan pemain legenda pasukan itu, Didier Drogba, apabila bekas penyerang pasukan 'The Blues' itu dijadualkan menghadiri sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah ternama di Petaling Jaya pada 8 Disember ini.
Baca Juga:
Shahrul sedia rantai penjaring terbanyak Thailand
Siapa lagi kebal?
Strategi Rajevac jadikan Thailand lebih sistematik
Tiket aksi Malaysia-Thailand licin
Joseph Kalang Tie belum ada pasukan
Cheng Hoe mahu pemain ubah mentaliti
Pada sesi itu, peminat berpeluang menyertai sesi soal-jawab eksklusif bersama Drogba yang dihoskan penyampai Astro SuperSport, Amanda Chaang serta disajikan dengan persembahan freestyle bola sepak, peluang bergambar dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.
"Saya sangat teruja untuk melawat Selangor bersama Chelsea dan rakan mereka, Yokohama. Saya benar-benar berharap dapat berjumpa ramai peminat Chelsea FC di Selangor," kata Drogba, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yokohama Malaysia (Yokohama).
Yokohama Yokohama Rubber Co. adalah Rakan Rasmi kepada Chelsea FC, juara lima kali Liga Perdana Inggeris dan juara semasa Piala FA.
Untuk rekod, Drogba menjaringkan lebih 100 gol Liga Perdana Inggeris untuk Chelsea FC dan memenangi kejuaraan itu sebanyak empat kali serta juara Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012.
Drogba pernah memenangi 12 trofi utama semasa dua kali bersama di kelab itu iaitu pada 2004-2012 dan 2014-15. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan