Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 16 Januari 2019

Alan ‘permata’ baru Sarawak FA

Alan ‘permata’ baru Sarawak FA


 
BERPOTENSI: Helearn (enam kiri) bersama Alan (lima kiri) dan pemain Sarawak yang lain pada aksi final Kejohanan Bola Sepak MSSM Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang, Ogos tahun lalu.

KUCHING: ‘Mana nak tumpah kuah... kalau tidak ke nasi!’ Begitulah perumpamaan sesuai digambarkan terhadap pemain bola sepak remaja Sarawak yang kian mencipta nama, Alan Lagang Keryer merupakan anak kepada bekas pemain era Ngap Sayot, Keryer Meriya.
Baca juga:
Kemelut berterusan dalam kepimpinan SAFa baru 
Tugas berat menanti Rookie Vun Ket Ming @ Billyton  
Senarai lengkap pemain Piala Presiden Sabah 2019 dan Piala Belia 2019 
KEPUTUSAN UNDIAN DALAM KUMPULAN PIALA BELIA 2019 
Keputusan Undian Dalam Kumpulan Piala Presiden 2019 
Arisdius Jais balik awal kerana cedera 
ADUAN KONGRES SAFA TIDAK SAH? 
4 Pemain import cuba nasib bersama Badak
Alan dipanggil untuk menyertai sesi pemilihan fasa 1 bersama skuad kebangsaan bawah 19 tahun pimpinan Bojan Hodak selepas menyinar membantu Sarawak pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Produk Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Tabuan Jaya itu juga diserapkan dalam skuad Piala Belia Sarawak pada musim ini yang dipimpin oleh jurulatih muda, Mohd Safri Amit.

Jurulatih SSN SMK Tabuan Jaya, Helearn Wilfred memberitahu bahawa bakat Alan memang terbukti dan pernah bersama pasukan Gedong Gators dan pemain regular membantu Sarawak layak ke peringkat kebangsaan, Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, beliau juga membantu pasukan Sarawak muncul naib juara kejohanan MSSM Pulau Pinang yang mana Sarawak kemarau 16 tahun beraksi pada perlawanan akhir.

“Pemain ini juga adalah pemenang pemain terbaik pada kejohanan Piala Abang Johari 2018,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, penyerang berbakat itu dan mempunyai teknik dan skil yang bagus justeru tidak hairan beliau berjaya menambat hati jurulatih skuad kebangsaan, Bojan Hodak.

Beliau juga berharap Alan menggunakan sepenuhnya peluang untuk membuktikan kemampuan di peringkat lebih tinggi.

Panggilan kebangsaan itu adalah persiapan awal skuad kendalian Bojan Hodak menghadapi kejohanan AFF dan pusingan kelayakan AFC bawah 19 yang dijadualkan pada Julai dan September nanti.

Sesi pemilihan fasa 1 itu akan berlangsung dari 15 hingga 19 Januari ini.


Sumber: Utusanborneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog