KETUA Pegawai Pemasaran Iflix, Jason Monteiro berucap pada majlis pelancaran logo baharu MFL di Petaling Jaya, hari ini. - Foto BERNAMA
Piala Iflix diperkenalkan di Liga bola sepak Malaysia
PETALING JAYA: Piala Iflix akan mewarnai Liga Malaysia 2019 dengan konsep baharu iaitu pertandingan antara pemain bintang yang menemukan pasukan Utara menentang Selatan dan dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini.
Baca juga:
The Best Of Rozaimi Abdul Rahman
'Bila nak bayar wang kami'
Pemain Belia Sabah U19 belum dibayar gaji
Kapten Sabah FA Rawilson kekal bersama Badak
Alan ‘permata’ baru Sarawak FA
Kemelut berterusan dalam kepimpinan SAFa baru
Tugas berat menanti Rookie Vun Ket Ming @ Billyton
Lebih mengujakan dalam pengenalan Piala Iflix, peminat diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan pemain bertaraf bintang serta jurulatih bagi membentuk satu pasukan.
Bagaimanapun mekanisme menentukan pemain daripada 24 pasukan Liga Malaysia bagi mewakili Utara dan Selatan masih dalam proses perbincangan.
Ketua Pegawai Pemasaran Iflix, Jason Monteiro yakin peminat di negara ini boleh menerima konsep baharu perlawanan yang memiliki persamaan dengan konsep bola keranjang NBA di Amerika Syarikat.
“Kami ingin menghidupkan semangat bola sepak Malaysia dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan artis secara langsung, permainan interaktif dan banyak lagi. Piala Iflix akan menjadi festival bola sepak yang sesuai untuk seisi keluarga.
“Inspirasi dan objektif Piala Iflix hadir ketika Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bertemu kami. Mereka menyedari kami bukan saja menyediakan siaran langsung siaran bola sepak tapi juga sebagai platform hiburan terbaik di Malaysia.
“Jadi idea Piala Iflix ini wujud disebabkan dua perkara iaitu kami mahu lebih banyak aktiviti untuk mendekatkan diri dengan peminat tempatan dan mahu mereka merasai pengalaman memiliki kuasa untuk menentukan pemain, jurulatih, format dan sebagainya.
“Namun masih banyak perkara kami perlu pertingkatkan tapi sudah pasti peminat berpeluang untuk memilih pemain terbaik di mata mereka sendiri.
“Pada masa sama, ia juga bukan saja membabitkan perlawanan bola sepak tapi Piala Iflix menjadi acara hiburan mengandungi konsert, perlawanan sesama artis, permainan dan ia turut menjadi satu acara santai bagi semua peminat,” kata Jason pada majlis pelancaran logo baharu MFL di sini, hari ini.
Logo baharu MFL dipilih sendiri oleh Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mana ia terdiri daripada bentuk bulat yang melambangkan bola, bentuk segi enam yang melambangkan semua pertandingan anjuran MFL iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran.
Logo baharu itu merangkumi keseluruhan Liga Malaysia dan melambangkan aspirasi MFL yang berpandangan jauh ke hadapan.
Sumber: bharian
0 comments:
Catat Ulasan