Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 16 Januari 2019

PEMAIN BELIA SABAH U19 BELUM DIBAYAR GAJI




PEMAIN BELIA SABAH U19 BELUM DIBAYAR GAJI


Pasukan Belia Sabah U19 tahun 2018 belum dibayar gaji menurut bekas staf kejurulatihan yang dekat dengan SAFA yang sekarang ini telah dipecat. Presiden SAFA yang baru Datuk Peter Anthony telah dituntut untuk melangsaikan isu tunggakan gaji para pemain Sabah U19.
Hanya skuad senior yang telah dilunas tunggakan gaji dan juga staf kejurulatihan pasukan Sabah. Tetapi bagi pemain Sabah U19 seperti tidak diendahkan kebajikan mereka, walaupun pemain ini bertungkus lumus bermain untuk maruah negeri.

Seharusnya pihak yang bertanggungjawap harus berlaku adil kepada semua. Pemain ini pun memerlukan duit untuk menyara kehidupan seharian. Jangan hanya pandai berjanji tetapi lakukakan sesuatu untuk menjaga kebajikan mereka.

Bagimana bola sepak negeri mahu maju jika tunas-tunas remaja ini tidak dijaga dengan baik? motivasi dan semangat mereka untuk bermain bola sepak sedikit terbantut jika keadaan seperti ini berpanjangan.

Admin sangat menghormati staf & pemain yang masih menghadapi isu tunggakan gaji dan sehinggah sekarang belum membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahupun pihak yang berkenaan. Jika tidak admin pasti pendaftaran pasukan Sang Badak beraksi di saingan Liga Perdana musim 2019 pasti akan terbatal kerana isu ini.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog