Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 19 Januari 2019

Mohd Ariff Noh dari Kinabatangan teruja beraksi bersama Sang Badak


Mohd Ariff Noh dari Kinabatangan teruja beraksi bersama Sang Badak 

Dalam banyak-banyak pemain yang dijemput untuk menjalani latihan bersama skuad Sabah kendalian Jelius Ating, Mohd Ariff Noh merupakan pemain yang berbakat menurut pandangan admin, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bola sepak.

Mohd Ariff Noh berasal dari Bukit Garam daerah Kinabatangan teruja beraksi bersama skuad Badak. Di mana sekarang ini dialah satu-satunya pemain dari Kinabatangan yang telah dipanggil oleh Jelius Ating berlatih bersama pasukan senior. Mohd Ariff ketika ini sedang menanti keputusan daripada ketua jurulatih Sabah sama ada dapat beraksi bersama Sabah FA dalam saingan Liga Perdana 2019 atau pun tidak.

Mungkin ada ramai penyokong bola sepak Sabah tidak mengenali pemain ini. Tetapi pemain seperti Mohd Ariff pasti sangat teruja sekiranya diberikan peluang beraski bersama skuad senior Sabah. Bukan saja dapat menyumbangkan sesuatu kepada pasukan tetapi juga Mohd Ariff menjadi ikon belia khususnya daerah Kinabatangan supaya lebih bersemangat dalam bermain bola sepak.

Mari kita kenali bersama Mohd Ar yang berasal dari KG BUKIT GARAM, KOTA KINABATANGAN ini.



MOHD ARIFF BIN NOH 

Umur 32 tahun 
KG BUKIT GARAM, KOTA KINABATANGAN

Data Peribadi

Lahir : 26.07.1987 
Ketinggian : 166 cm
Berat : 56 kg 
Penggunaan kaki : kanan 100% / Kiri 75% 
Posisi : MF 

Sekolah Menengah Mewakili pasukan bola sepak SMK Bukit Garam peringkat daerah/bahagian (2001 - 2004)
 Melanjutkan pengajian (2005 - 2007) 
Kelab Bola Sepak Gemilang FC (2008 - 2009) 
Kelab Bola Sepak Sabah FC bawah 23 tahun (2010) jurulatih Stanley Chew
 Kelab Bola Sepak Mewakili pasukan bola sepak tempatan (2011 - 2019)



Kini menjalani trial bersama pasukan Sabah yang bakal beraksi dalam kancah Liga Perdana 2019. Kita ucapakan selamat maju jaya buat Mohd Ariff!
Baca juga: 
JELIUS ATING HARAP DAPAT PEMAIN IMPORT MINGGU INI 
Hutang peninggalan pentadbiran terdahulu jejaskan persiapan Sabah 
Piala Iflix meriahkan bola sepak Malaysia 
The Best Of Rozaimi Abdul Rahman Bila nak bayar wang kami'  
Pemain Belia Sabah U19 belum dibayar gaji 
Kapten Sabah FA Rawilson kekal bersama Badak 

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog