Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 14 Januari 2019

Kedah rangkul Piala Unity Shield 2019


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (tengah) bergambar bersama dengan pemain Kedah rai ungguli Unity Shield selepas benam Perak 2-0 di Stadium Darul Aman. - Foto AMRAN HAMID

Kedah rangkul Piala Unity Shield 2019



ALOR SETAR: Impian Kedah merebut kejuaraan sulung Unity Shield 2019 menjadi kenyataan apabila menewaskan Perak 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.

Baca juga:
Senarai lengkap pemain Piala Presiden Sabah 2019 dan Piala Belia 2019 
KEPUTUSAN UNDIAN DALAM KUMPULAN PIALA BELIA 2019 
Keputusan Undian Dalam Kumpulan Piala Presiden 2019 
Arisdius Jais balik awal kerana cedera 
ADUAN KONGRES SAFA TIDAK SAH? 
4 Pemain import cuba nasib bersama Badak 

Perlawanan yang melambangkan kesepakatan dua pasukan dari utara melalui hubungan baik antara kedua-dua pengurusan turut menerapkan nilai murni dengan 50 peratus daripada hasil jualan tiket diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih di Kedah.



PEMAIN Kedah, Fares Abdul Jabar Al- Mubaraki (kiri) diasak pemain Perak, Leandro Dos Santos Oliveira pada aksi Unity Shield di Stadium Darul Aman. - Foto Amran Hamid


Pada perlawanan yang dihadiri lebih 25,000 penonton itu, pertahanan Kedah terlebih dulu diasak Perak menerusi cubaan pemain import Leandro Dos Santos seawal minit ke-7 sebelum penjaga gol tuan rumah, Ifwat Akmal Chek Kassim diuji pada minit ke-14.




Kedah yang tersentak dengan cubaan itu kembali bangkit dan hampir meledak gol menerusi penyerang importnya, Jonatan Bauman pada minit ke-16 dan ke-33 tetapi gagal disudahkan.



Gol dinantikan Kedah akhirnya muncul pada minit ke-67 menerusi Fernando Rodriquez yang berpunca daripada sepakan percuma selepas Jonatan Bauman dijatuhkan.



Pemain gantian Syahrul Azwari Ibrahim yang masuk pada minit ke-73 tidak menunggu lama apabila menghadiahkan gol kedua, dua minit selepas dia dimasukkan melalui tandukan cantik menewaskan Hafizul Hakim yang berpunca hantaran Rizal Ghazali.



Perak berusaha mencari gol menerusi percubaan pemain pertahanan Shahrul Saad pada minit ke-81 dan Gilmar Da Silva, sembilan minit kemudian tetapi kedua-duanya tidak menemui sasaran.



Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perak.


Sumber: bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog