Hutang peninggalan pentadbiran terdahulu jejaskan persiapan Sabah
PETER (tengah) bersama pegawai SAFA turun padang menyaksikan pasukan Liga Premier Sabah berlatih dan ujian pemilihan beberapa calon import di Stadium Likas pada Rabu.
KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony berkata, melengkapkan skuad Liga Premier dengan pemain import luar negara adalah antara masalah yang sedang dihadapi pasukan.
"Ada pemain import baik yang kita mahu sebelum ini tetapi terlepas ke pasukan lain yang telah membuat tawaran lebih tinggi dari yang kita mampu.
Baca juga:
Piala Iflix meriahkan bola sepak Malaysia
The Best Of Rozaimi Abdul Rahman
'Bila nak bayar wang kami'
Pemain Belia Sabah U19 belum dibayar gaji
Kapten Sabah FA Rawilson kekal bersama Badak
Alan ‘permata’ baru Sarawak FA
Kemelut berterusan dalam kepimpinan SAFa baru
Tugas berat menanti Rookie Vun Ket Ming @ Billyton"Kemampuan kewangan kita terbatas selepas melunaskan sebahagian hutang dari pentadbiran terdahulu termasuk gaji pemain senior yang tertunggak empat hingga lima bulan," kata Peter ketika ditemui semasa menyaksikan pasukan berlatih di Stadium Likas pada Rabu.
Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, keupayaan kewangan yang terjejas oleh hutang pentadbiran terdahulu yang terlalu banyak antara faktor utama menjejaskan persiapan Sabah menghadapi Liga Malaysia musim ini.
Katanya, mereka terpaksa berhemah dalam soal perbelanjaan kerana masih ada hutang tertunggak oleh pentadbiran lalu yang perlu diselesaikan termasuk gaji skuad Piala Presiden dan Piala Belia manakala saingan musim baru juga sudah hampir bermula.
"Saya sedar dengan semua isu ini. Apabila terpanggil untuk menerajui persatuan ini, tanggungjawab pertama saya adalah untuk menyelamatkan skuad Liga Premier agar dapat terus bersaing dalam Liga Malaysia. Perkara ini telah kami laksanakan.
"Kita akan meneruskan langkah...saya akan cuba yang terbaik bagi memastikan SAFA kembali semula ke landasan betul," kata Peter.
Beliau berkata, selain terlepas pemain import yang diingini kepada pasukan lain sebelum ini, Sabah juga belum mendapat import baru apabila lebih 10 calon import yang diuji setakat ini gagal memikat Ketua Jurulatih Jelius Ating.
"Apapun, pencarian pemain import ini akan terus kita usahakan. Kalau tidak dapat sebelum saingan bermula 2 Februari pun sekurang-kurangnya kita dapat sebelum pendaftaran pemain import ditutup pada 20 Februari.
PEMAIN termasuk calon import menjalani latihan di Stadium Likas pada Rabu. Gambar ihsan Raymond Henry Gusi.
"Kita tidak akan ambil import sembarangan. Sebab itu, sehingga kita dapat pemain (import) yang benar-benar menepati keperluan pasukan, kita akan teruskan dengan pemain yang ada sekarang..bergantung kepada pemain tempatan sahaja," katanya.
Menurutnya, kecuali ketiadaan pemain import baru, persiapan setakat ini berjalan lancar.
Sabah akan mengadakan dua perlawanan pemanas badan di Manila, Filipina minggu depan sebagai persiapan terakhir sebelum memulakan cabaran Liga Premier menentang Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Likas pada 2 Februari.
oleh VITALIS G. BINGKASAN
Sumber: utusanborneo
0 comments:
Catat Ulasan