Kapten Sabah FA Rawilson kekal bersama Badak
Selepas beraksi cemerlang musim 2018, kapten Sabah acap kali akan disambar oleh kelab besar seperti JDT. Banyak khabar angin mengatakan kapten berpengaruh Sabah ini akan meninggalkan pasukan Badak dan beraksi bersama JDT. Nilai gaji bulanan akan diterima oleh Rawilson berkali-kali ganda gaji yang diterimanya bersama Sabah. Mana tidaknya ditawarkan sebanyak RM 65k sebulan.
Baca juga:
Alan ‘permata’ baru Sarawak FA
Kemelut berterusan dalam kepimpinan SAFa baru
Tugas berat menanti Rookie Vun Ket Ming @ Billyton
Senarai lengkap pemain Piala Presiden Sabah 2019 dan Piala Belia 2019
KEPUTUSAN UNDIAN DALAM KUMPULAN PIALA BELIA 2019
Keputusan Undian Dalam Kumpulan Piala Presiden 2019
Arisdius Jais balik awal kerana cedera
ADUAN KONGRES SAFA TIDAK SAH?
4 Pemain import cuba nasib bersama Badak
Namun perkhabaran itu menemui titik noktah dan rawilson masih berstatus pemain Sabah apabila JDT menafikan pernah menawarkan kapten Sabah ini kontrak lumayan. Apa yang penting kepada pemain muda berpotensi seperti Rawilson ini adalah peluang beraksi bersama pasukan. Jika pun dia diikat oleh JDT tetapi hanya memanaskan bangku simpanan, kerjayanya sebagai pemain bola sepak akan terbantut.
Isu tunggakkan gaji bersama Sabah juga telah diselesaikan. Rawilson dan beebrapa pemain utama Sabah dilihat bersama dengan pemain lain dalam setiap sesi latihan sang Badak. Diharapkan kepimpinan baru SAFA akan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada kemajuan bola sepak Sabah yang telah kian lama suram.
Selamat maju jaya buat Rawilson Batuil, semoga musim 2019 Liga Perdana ini membawa banyak makna buat kemajuan bola sepak tempatan.
0 comments:
Catat Ulasan