Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 17 Januari 2019

'Bila nak bayar wang kami'


GAMBAR fail, Ketua jurulatih kelab Terengganu City FC (TCFC), Mohd Noor Derus (kiri) bersama jurulatih bola sepak Melaka United (MU) , Mat Zan Mat Aris (kanan). - Foto Nazri Abu Bakar

'Bila nak bayar wang kami'



KUALA TERENGGANU: “Berapa lama lagi harus kami tunggu untuk mendapatkan hak kami?

"Bukan setakat tunggakan gaji kami tak dapat, duit kemenangan menjuarai Piala FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) musim lalu pun belum merasa.

Baca juga:
Pemain Belia Sabah U19 belum dibayar gaji 
Kapten Sabah FA Rawilson kekal bersama Badak 
Alan ‘permata’ baru Sarawak FA 
Kemelut berterusan dalam kepimpinan SAFa baru 
Tugas berat menanti Rookie Vun Ket Ming @ Billyton  
Senarai lengkap pemain Piala Presiden Sabah 2019 dan Piala Belia 2019 
KEPUTUSAN UNDIAN DALAM KUMPULAN PIALA BELIA 2019 
“Kaedah mana lagi yang perlu kami lakukan? Sedangkan pelbagai pendekatan mengikut prosedur yang dibenarkan sudah kami buat termasuk mengadu kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

“Tapi sehingga ke hari ini (semalam) satu sen pun tunggakan gaji kami belum dibayar, begitu juga wang kemenangan seolah-olah bekas majikan kami begitu `kebal’, ini yang memeningkan kepala kami serta pemain,” kata bekas ketua jurulatih kelab Terengganu City FC (TCFC), Mohd Noor Md Derus.

Bekas pemain Terengganu itu berkata demikian selepas begitu kecewa kerana tunggakan gajinya bersama barisan kejurulatihan skuad TCFC bermula Julai hingga Disember tahun lalu tidak dibayar bekas majikannya itu.

Lebih menyedihkan jurulatih kelahiran Melaka itu apabila pelbagai janji ditabur untuk melangsaikan semua hutang itu sejak musim lalu namun berakhir dengan kehampaan.

Mohd Noor berkata, beliau dan barisan kejurulatihan serta bekas pemain kelab The Sharks itu yang sebelum ini bertungkus-lumus mengerah kudrat membantu pasukan menjuarai liga divisyen tiga itu selepas menundukkan Selangor United 2-0 kini kian terdesak dan memerlukan kewangan segera.

“Oleh itu, kami rayu FAM mengambil berat mengenai nasib kami selain perlu bersikap bijak menangani masalah ini yang berlarutan hampir lapan bulan.

“Kami juga rayu FAM mempertimbangkan dan menyalur segera kepada kami wang kemenangan menjuarai trofi Piala FAM sebanyak RM200,000 itu, jika tidak banyak dapat sedikitpun cukuplah dulu, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami untuk persekolahan anak,” kata Mohd Noor.

Sumber: bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog