Pemain Helsingborg, Anders Randrup menjaringkan gol sendiri.
Gol sendiri taraf Puskas?
Pemain Helsingborg, Anders Randrup menjaringkan gol sendiri paling menakjubkan ketika cuba menghalang hantaran pemain tengah Odense Boldklub Sabtu lalu.
Dia menghulurkan kakinya dan bola melambung tinggi ke arah gawangnya menyebabkan penjaga golnya yang sudah mara ke depan terpaksa melompat ke belakang untuk menyelamatkan bola tetapi sudah terlambat.
Bagaimanapun perlawanan itu hanyalah aksi persahabatan antara kelab Sweden dan Denmark yang tidak memberi kesan kepada Randrup dan pasukannya.
Baca juga: Luiz pemain import keempat Tambadau Sabah
Selepas ketinggalan di awal permainan, Helsingborg bangkit menyamakan kedudukan dan kemudian mendahului permainan menerusi Rasmus Joensson.\
Jaringan sendiri Randrup itu menyaksikan pasukannya terpaksa berpuas hati dengan keputusan 2-2, di samping bonus rakaman gol menjadi tular. – AGENSI
0 comments:
Catat Ulasan