Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 8 Februari 2019

Enam gol terhasil di Kota Bharu



Enam gol terhasil di Kota Bharu


Enam gol terhasil di Kota Bharu pertemuan Kelantan FA menentang Sabah FA. Perlawanan kedua yang pasti menarik dan sengit taktala Kelantan mahu membelas dendam tersingkir dari saingan Piala Malaysia 2018 oleh pasukan Sabah.

Di separuh masa pertama terikat 1-1, di mana Kelantan terlebih dahulu berada di hadapan hasil jaringan penalti oleh Flavio Junior pada minit ke- 6. Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke- 12 melalui tandukan pemain import Luka Milunovic.
Baca juga: Elias tidak tersenarai 18 pemain ke Kota Bharu


Pada separuh masa kedua pasukan Sabah lebih bermain baik. Tetapi kembali ketinggalan setelah Nik Akif Syahiran menjaringkan gol pada minit ke- 52. Pemain lincah Sabah yang bermain cemerlang, Maxsius Musa meledak gol penyamaan pada minit ke- 78.

Pasukan pelawat dilihat lebih menguasai perlawanan dan mendahului pada minit ke- 86 hasil jaringan kedua Maxsius Musa. Sabah yang hampir mencipta kemenangan mengejut di tempat lawan kembali terikat apabila Danial Haqim menjadi hero Kelantan dengan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog