Luiz Junior
Dari kiri Park, Luka Milunovic dan Rodoljub
Luka Milunovic
PERCATURAN UNTUK MENURUNKAN TIGA SERANGKAI PEMAIN IMPORT DI TEMPAT LAWAN BERBALOI?
Adalah satu tugas sukar buat pasukan Tambadau Sabah dalam perlawanan kedua Liga Perdana 2019 menentang Kelantan FA di Kota Bharu pada 8 Februari 2019 (Jumaat). Kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan pembukaan liga, di mana Tambadau Sabah tewas mengejut di tempat sendiri kepada JDT ll di Stadium Likas dengan keputusan 1-2. Bekas pemain Sabah Rozaimi Abd. Rahman menjaringkan gol dari sepakan percuma cantik. Manakala Kelantan FA tewas 0-1 di tempat lawan kepada Selangor United.Lantas pasukan Sabah mengikat pemain penyerang import Luiz Junior bagi memperbaiki bahagian serangan yang dilihat tidak bermaya pada perlawanan pertama. Luiz Junior sebelum ini bermain dengan kelab Liga Indonesia.
Baca juga: Rodoljub mahu bantu Tambadau layak ke Liga Super 2020Oleh itu ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating terdesak untuk mencari kemenangan sulung dalam saingan Liga Perdana. Tetapi adakah dengan memasukkan ketiga-tiga pemain import di bahagian serangan mampu memberi kemenangan buat Tambadau ataupun sebaliknya.
Harus diingat pada perlawanan pertama di Stadium Likas, bahagian tengah adalah bahagian yang paling teruk dikritik oleh peminat. Kekurangan kreativiti, dan pemain tengah yang ditugaskan membantu empat pemain pertahanan gagal beraksi dengan baik. Perubahan mengejutkan di baahgian tengah di mana Sabri Sahar berganding dengan Ricco dan meninggalkan Azizan Nordin di bangku simpanan.
Bagi pengamatan admin, hanya Azizan Nordin merupakan pemain defensif midfield tulen manakal Ricco lebih kepada pemain tengah Box to Box. Sabri Sahar adalah pemain yang berkebolehan. Tetapi untuk tugasan defensif midfield yang memerlukan pintasan, tackle, dan membantu pertahanan Sabri Sahar tidak sesuai dengan peranan tersebut. Bagi admin Sabri Sahar sesuai sebagai penyerang kedua, ACM atau LWF kerana pemain ini mempunyai hantaran dan umpanan yang baik.
Menyentuh kepada tiga pemain import serangan Sabah, Luiz Junior, Rodoljub dan Luiz Milunovic kesemua mereka tidak mempunyai keupayaan utntuk bertahan ketika diserang oleh pihak lawan. Keadaan ini sangat merbahaya lebih-lebih lagi menentang Kelantan di tempat sendiri. Ini adalah risiko untuk menurunkan ketiga-tiga pemain import ini. Jika menggunakan formasi 4-3-3 di tempat lawan dengan kualiti pemain pihak lawan, ia satu percaturan yang sangat berisiko dan tidak berbaloi.
Admin jangkakan Azizan Nordin akan memulakan perlawanan bersama Ricco dan Sabri Sahar akan bermain beraksi sedikit ke atas. Manakala hanya menggunakan single penyerang Luiz Junior dan akan dibantu oleh Luka Milunovic dan Maxsius Musa.
Apapun kita tunggu dan lihat, semoga Tambadau Sabah beraksi baik dan memberi saingan sengit kepada tuan rumah Kelantan.
0 comments:
Catat Ulasan