Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 4 Februari 2019

Ariusdius Jais dan Evan Wensley Wenceslaus kekal, anak Scott digugurkan


ONG Kim Swee.

Ariusdius Jais dan Evan Wensley Wenceslaus kekal, anak Scott digugurkan



Lapan pemain yang dipanggil untuk aksi persahabatan di Bangkok sebelum ini digugurkan pengendali skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan AFF 2019.


Sebaliknya, Kim Swee mengekalkan 15 pemain dan memanggil 11 pemain baharu untuk latihan pusat di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Ahad ini.


Antara 11 muka muka baharu itu termasuklah dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu penjaga gol Haziq Nadzli dan Dominic Tan; R Dinesh dan Faisal Abdul Halim (Pahang), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC), Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir (FELDA United), Syahmi Safari (Selangor), Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur), Ariusdius Jais (Sabah), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama) dan Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu FC).

Baca juga: Sikap pemain punca Tambadau tewas
Haziq, Dominic, Faisal, Syahmi dan Hadi adalah sebahagian daripada skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) ke Sukan Asia 2018 di Indonesia manakala Ariff, Ariusdius dan Izzan dipanggil pada kem latihan pusat bulan lalu tetapi tidak dibawa ke Bangkok kerana kecederaan.



Skuad B-22 kemudiannya akan berlatih lima hari di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum barisan 23 pemain terakhir bakal dipilih Kim Swee untuk terbang ke Phnom Penh pada 15 Februari.



Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia (20 Februari) sebelum menutup kempen peringkat kumpulan bertemu Myanmar pada 22 Februari.



Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 24 Februari dan aksi final pula dijadual pada 26 Februari 2019 dengan semua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional, Phnom Penh.



Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu yang dikenali sebagai Kejuaraan B-23 AFF sebelum ini adalah meraih tempat keempat iaitu pada edisi 2005.



Senarai pemain skuad B-22


Penjaga gol: Muhammad Azri Ab Ghani, Damien Lim Chien Khai, Muhammad Haziq Nadzli

Pertahanan: Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Ariff Ar-Rasyid Ariffin, R. Dinesh, Evan Wensley Wenceslaus, Dominic Tan Jun Jin, Mohamad Hariz Kamarudin, Muhammad Syahmi Safari, Muhammad Amirul Ashraf Ariffin, Muhammad Nazirul Afif Ibrahim, Nabil Hakim Bokhari

Tengah: Muhammad Danial Amier Norhisham, Muhammad Zahril Azri Zabri, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Danial Haqim Draman, Nik Azli Nik Alias, Kogileswaran Raj, Mohd Faisal Abdul Halim, Ariusdius Jais, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam

Penyerang: Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew, Muhammad Izzan Syahmi Mustapa, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog