Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 6 Februari 2019

Jose Mourinho bayar RM9.3 juta mengelak dipenjara


Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho setuju bayar denda RM9.3 juta. - Foto EPA

Jose Mourinho bayar RM9.3 juta mengelak dipenjara



Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengelak hukuman penjara berikutan kesalahan penipuan cukai selepas bersetuju dengan perjanjian bersama pihak pendakwa raya Sepanyol.

Sekali pun undang-undang di Sepanyol mengatakan pesalah yang menerima hukuman kurang dua tahun boleh mengelak penjara, pengurus kelahiran Portugal itu tetap perlu membayar denda hampir dua juta euro (RM9.33 juta).

Pengurus berusia 56 tahun yang meninggalkan United, Disember lalu dituduh melakukan jenayah penipuan cukai di antara tahun 2011 dan 2012 ketika beliau mengendalikan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Baca juga: Gol sendiri anugerah Puskas

Berdasarkan persetujuan yang dilihat oleh AFP, Mourinho menerima hukuman penjara selama setahun yang serta merta diubah kepada denda berjumlah 182,500 euro (RM851,721).

Tetapi, beliau juga perlu membayar penalti tambahan dianggarkan 1.98 juta euro (RM9.24 juta).

Mourinho yang dipecat United susulan prestasi hambar ditampilkan skuad berkenaan menjadi watak berprofil tinggi terbaharu diheret ke muka pengadilan atas kesalahan penipuan cukai di Sepanyol.

Pendakwaraya Sepanyol menuduh Mourinho, yang mengendalikan Real pada 2010 hingga 2013 gagal untuk mengisytiharkan pendapatannya berjumlah 1.6 juta euro (RM7.47 juta) pada 2011 dan 1.7 juta euro (RM7.93 juta) pada tahun 2012.

Seperti beberapa bintang bola sepak lain yang berpangkalan di Sepanyol, asas kepada kes berkenaan adalah bagaimana pendapatan yang dijana daripada hak imej Mourinho diuruskan dan diisytiharkan.

Pendakwa raya percaya dengan menyerahkan hak imejnya kepada beberapa syarikat yang berpangkalan di lokasi tidak dikenakan cukai, Mourinho melakukan penipuan apabila tidak mengisytiharkan pendapatan syarikat berkenaan yang diperoleh daripada hak imejnya. - AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog