Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 8 Februari 2019

Ngap Sayot sambar ‘mesin gol’ dari Brazil

Ngap Sayot sambar ‘mesin gol’ dari Brazil


 
Hamzah (kiri) berjabat tangan dengan Hudson sambil disaksikan Penasihat Pasukan, Awang Mahyan Awang Mohamed dan Penolong Pengurus, Abang Fomay Abang Sa’adeli.

Sarawak sah menandatangani seorang lagi awang import dari Brazil, Hudson Dias De Jesus bagi menggantikan pemain pertahanan, Ronald Hikspoors yang diserap dalam barisan kejurulatihan skuad.

Pengurus Pasukan, Hamzah Brahim ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata proses mengikat penyerang berusia 27 tahun itu sedang dipercepatkan dengan harapan beliau diturunkan pada perlawanan pertama Sabtu ini menentang Pulau Pinang.

“Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan dan kejurulatihan, kita bersetuju atas desakan keperluan semasa mengambil penyerang dari Brazil iaitu Hudson Dias. Saya dimaklumkan oleh barisan kejurulatihan bahawa tahap kecergasan penyerang utama, Muamer Salibasic belum pulih sepenuhnya. Justeru, kita amat memerlukan penyerang untuk mengambil alih tugas beliau.
Baca juga: Tambadau turunkan tiga serangkai
“Semua sedia maklum kita tewas pada perlawanan pertama minggu lepas dan kita amat memerlukan kemenangan pada perlawanan kedua Sabtu ini,” jelas Hamzah pada sidang media hari ini.

Hamzah akui posisi lain juga perlu dipertingkatkan selepas kekalahan pertama namun fokus utama skuad ketika ini adalah untuk mempertajamkan jentera serangan.

Beliau turut mengumumkan penyerang cilik dari Indonesia, Rian Firmansyah juga akan membuat penampilan sulungnya pada Sabtu ini.

Ia berita gembira buat Ketua Jurulatih, Mohd Farhan Abdullah selepas pemain sayap lincah, Abdul Rahim Abdul Razak terpaksa direhatkan untuk tempoh agak panjang selepas mengalami kecederaan di kaki kiri semasa sesi latihan semalam.

“Rian juga akan dapat diturunkan kerana sijil perpindahan antarabangsa beliau (ITC) telah diluluskan hari ini. Saya juga difahamkan Hudson telah menjalani pemeriksaan kecergasan hari ini dan berharap pemain itu dapat diturunkan pada Sabtu ini,” katanya lagi.

Dengan ketinggian 1.90 meter selain memiliki kepantasan dan kawalan bola yang baik, Hudson dilihat jawapan segera kepada masalah di jentera serangan Sarawak selepas ini.

Sebelum bertukar angin ke Malaysia, beliau pernah beraksi di kelab Santa Cruz FC (Brazil), Cabofriense (Brazil) dan Sporting Covilha (Portugal).

Hudson yang merupakan rakan baik pemain pertahanan Sarawak, Pedro Henrique Dias De Amorim tiba di sini semalam bersama dua lagi rakannya yang turut menjalani ujian, Rodrigo Amorim Oliveira dan Marcelo Cabral Pinha Domingues.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog