Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 9 Februari 2019

Harga tiket dan kualiti pasukan


Harga tiket dan kualiti pasukan

Berikut adalah perbezaan harga tiket di Kota Bahru dengan perlawanan di Stadium Likas di mana harganya hampir dua kali ganda lebih mahal dari tempat kita. Tempat terbuka harganya untuk malam semalam RM12 tapi selepas ini harganya akan balik kepada RM15 walaupun Kelantan turun ke Liga Premier.

Harga Astaka pulak dari RM20 (yang tidak berbumbung) hingga RM55. Harga tiket semalam diturunkan untuk satu perlawanan sahaja. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah juga dikenakan bayaran RM5 manakala di Likas buat masa ini tiada bayaran. Maka itu kita sepatutnya menerima kenaikkan harga tiket di Stadium Likas dengan hati terbuka demi meringankan beban pengurusan SAFA.~ Kenyataan dari fan page fecebook rasmi Sabah FA.

Tidak dinafikan memang ada perbezaan ketara jika di bandingkan dengan harga tiket pasukan Sabah dan Kelantan. Isu kenaikan harga tiket perlawanan melibatkan pasukan Sabah telah menjadi isu yang terhangat apabila bermulanya saingan Liga Perdana 2019. Kenaikan harga tiket sebanyak RM 5 kepada tiket berbumbung dan tiket terbuka. Kenaikan harga tiket perlawanan di Stadium Likas yang tidak seiring dengan kualiti dan pencapaian pasukan.

Peminat mahukan kemajuan dalam pasukan dan bukan hanya kepada kenaikan harga tiket. Sudah lebih lima tahun Sabah beraksi di Liga Perdana dan seharusnya Visi utama pasukan adalah untuk layak ke Liga Super. Tiada yang mustahil jika adanya perancangan yang teliti dan perubahan dalam pengurusan SAFA amat diperlukan.
Baca juga: Kelantan, Sabah sama kuat di Kota Bharu
Bagi admin jika melihat kualiti pasukan dan pencapaian Kelantan FA adalah sangat berbaloi jika harga tiket perlawanan di Kota Bharu mahal berbanding Sabah FA. Lebih-lebih lagi pasukan Kelantan penah beraksi selama tiga edisi AFC Cup jika dibandingkan pasukan Sabah. Admin rasa jika pasukan Tambadau Sabah beraksi di Liga Super dan menaikkan harga tiket perlawanan di Stadium Likas pasti peminat tidak mengkritiknya kerana berbaloi beraksi menentang pasukan-pasukan gergasi Liga Super.

Apa yang jelas di sini adalah kualiti pasukan harus diutamakan oleh pengurusan SAFA terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menaikkan harga tiket. Di sini admin kongsikan senarai kejuaraan dan pencapaian Kelantan selepas tahun 2007.

Ini adalah kejuaraan senarai Kelantan pada Era TRW selepas 2007.

Juara Liga Super Malaysia – 2011,2012
Naib Juara Liga Super – 2010
Juara Piala Malaysia – 2010, 2012
Naib Juara Piala Malaysia – 2009, 2013
Juara Piala FA – 2012,2013
Naib Juara Piala FA – 2009, 2011, 2013



Mereka layak ke AFC Cup dalam 3 edisi dan pencapaian tertinggi pada 2012 iaitu ke slot suku akhir kejohanan tersebut.

Kita tidak perlu membandingkan harga tiket dengan pasukan yang memang layak untuk mengenakan harga tiket mahal kerana berbaloi dengan kualiti dan seiring dengan pencapaian pasukan.

Hidup Tambadau Sabah!
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog