Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 11 Oktober 2018

Apa seterusnya buat The Rhinos?


Apa seterusnya buat The Rhinos?


Tiada yang lebih kecewa tentunya kepada peminat bola sepak Sabah yang mana ketinggalan 0-5 kepada Perak. Pertemuan kedua di Likas pada 21 Oktober 2018 memerlukan keajaiban untuk memadam jaringan besar Perak.

Ramai peminat mengkritik bagaimana cara pasukan bermain dalam suasana genting dan memerlukan pengorbanan semua pihak. Pengumuman habuan RM 15k kepada pemain Perak nyata menyuntik semangat. Dari awal mula wisel ditiup nyata pasukan Perak berada dalam kelas tersendiri.

Kecederaan awal masa pertama ketua pasukan dan pemain pertahanan kental, Rawilson Batuil nyata membuka ruang besar di bahagian kubu Sabah. Pemain import Francis Kasonde nyata tidak boleh melakukan bersendirian. Hanya pemain ini layak diberi kredit dengan kesungguhannya berjuang walaupun telah melepaskan banyak gol pada malam tersebut.

Untuk perlawanan di Likas pada 21hb, tidak apa yang dibuktikan oleh pasukan selain dari beraksi seperti biasa dan memberikan sepenuh jiwa dalam perlawanan. Jika pemain beraksi dengan hati yang sungguh, penyokong yang datang boleh melihatnya dan tidak ada lagi penyesalan buat pasukan dan penyokong yang hadir.

Admin tetap bangga dengan pencapaian pasukan Sabah terutamanya dalam perjuangan sejauh ini saingan Piala Malaysia. Walau pun banyak keraguan dalam kedudukan dalam Liga Perdana, akibat kemerosotan prestasi penghujung saingan liga. Ramai pihak yang terkejut atas kejutan dibuat oleh Sabah dalam saingan Piala Malaysia. Menyingkirkan Selangor dan Kelantan dalam satu kumpulan D.

Kritikan juga perlu untuk kemajuan bola sepak Sabah, dan bukannya membunuh. Peminat berhak memberi pandangan kerana sudah lama kita berada dalam saingan Liga Perdana dan seharusnya ada tindakan ke hadapan oleh pihak berwajib. Terdapat beberapa tindakan oleh pihak pengurusan yang dilihat tidak memberi kesan kemajuan khususnya pembangunan bola sepak Sabah. Jika kita tidak membuat sedikit pelaburan dalam bola sepak sudah pasti kita semakin ketinggalan kepada pasukan lain.

Bagi persedian musim baru, diharapkan ada banyak perubahan positif dalam pasukan. Tidak kira dalam pemilihan pemain, pemilihan jurulatih dan sebagainya. Hala ini kerana peminat bola sepak kini dahagakan kemajuan dan pencapaian. Selamat berjuang The Rhinos!!!


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog