Jurulatih mahu hutang dibayar
"Bantulah saya, saya juga ada tanggungjawab sebagai ketua keluarga," luah bekas jurulatih Terengganu City FC (TCFC), Roshadi Wahab.
Roshadi yang bagaikan hilang sabar dan berasa teraniaya kerana belum mendapat tunggakan gaji dan pampasan yang perlu dilunaskan bekas majikannya itu bertindak menghubungi Sukan NSTP untuk meluahkan rasa kesalnya.
Baca juga:
30 PEMAIN LIVERPOOL AKAN MEWAKILI NEGARA
Apa seterusnya buat The Rhinos?
Rawilson Batuil 'digugurkan' ke Colombo
Piala AFF: Mat Yo dan Sumareh mampu bentuk gandingan berbisa
Kemunculan Sumareh ala Diva
Nor Hakim pemusnah Sabah di Ipoh
5 pemain Perak, 2 pemain Sabah dipanggil
Mengapa Sabah kena 5 gol di Ipoh?
30 PEMAIN LIVERPOOL AKAN MEWAKILI NEGARA
Apa seterusnya buat The Rhinos?
Rawilson Batuil 'digugurkan' ke Colombo
Piala AFF: Mat Yo dan Sumareh mampu bentuk gandingan berbisa
Kemunculan Sumareh ala Diva
Nor Hakim pemusnah Sabah di Ipoh
5 pemain Perak, 2 pemain Sabah dipanggil
Mengapa Sabah kena 5 gol di Ipoh?
"Jurulatih mana yang tidak terasa dianiaya selepas bekas majikan seolah-olah bersikap lepas tangan. Mereka langsung tidak mempedulikan arahan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) supaya membayar tunggakan gaji dan pampasan yang perlu saya terima,” katanya.
Tegasnya, TCFC patut membayar tunggakan gaji dan pampasan itu selewat-lewatnya pada 27 Ogos lalu, selepas Jawatankuasa Status FAM yang bersidang pada 27 Julai mengarahkan TCFC membayar tuntutan berkenaan.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana sehingga kini selepas hampir dua bulan dari tarikh itu, dia belum menerima sebarang bayaran berjumlah RM180,000.
"Saya merayu kepada pengurusan TCFC membayar segera tuntutan itu bagi mengelak berlakunya masalah, kerana skuad The Sharks bakal beraksi dalam pentas Liga Perdana musim depan selepas menjuarai Liga FAM musim ini," katanya.
Beliau yang kini membimbing skuad Terengganu yang bakal beraksi pada pentas final Piala Emas Raja-Raja bertemu Pahang pada 21 Oktober ini di Stadium Temerloh turut mengharapkan FAM memainkan peranannya bagi mendapat tunggakan itu.
"Saya juga mohon FAM selaku badan induk bolasepak negara dapat membantu menyelesaikan tuntutan itu dengan segera kerana saya memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan