Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 9 Oktober 2018

Nor Hakim pemusnah Sabah di Ipoh



Nor Hakim pemusnah Sabah di Ipoh



IPOH: Pemain terbaik perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Sabah, Mohd Nor Hakim Hassan lebih mengutamakan kejayaan sepasukan berbanding pencapaian individu.



Pemain tengah Perak itu dinobatkan pemain terbaik perlawanan dalam kemenangan 5-0 ke atas Sabah di Stadium Perak, Ahad lalu di mana dia membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-16.



Pemain kelahiran Terengganu itu turut memainkan peranan besar apabila membuka jalan buat Firdaus Saiyadi dan Gilmar Da Silva menyumbang gol ketiga dan keempat Perak sehingga terpilih memenangi anugerah itu.



"Saya bersyukur dapat membantu kejayaan pasukan,” kata Nor Hakim. "Sebenarnya kejayaan ini adalah hasil usaha semua anggota pasukan.



"Tidak mungkin saya mampu bermain sebaik ini jika tanpa sokongan rakan sepasukan."



Hakim juga teruja dengan prospek Perak beraksi dalam perlawanan akhir kerana dia belum mempunyai pengalaman bermain di pentas final piala berprestij itu.



Dengan bekalan selesa dibawa ke Stadium Likas 21 Oktober ini, Hakim optimis Perak mampu menempah slot ke perlawanan akhir.



"Saya harap prestasi sebegini dikekalkan dalam aksi kedua nanti sekali gus melayakkan pasukan untuk beraksi di pentas perlawanan akhir," katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog