Perak ada bekalan selesa di Likas
Tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia hampir pasti dalam genggaman Perak selepas meraih kemenangan besar 5-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Ipoh, malam tadi.
Perak dan Sabah mengekalkan kesebelasan pemain yang sama untuk memburu kemenangan di peringkat suku akhir kedua.
Seperti diramal, Perak mempamer penguasaan mutlak dengan gol pembukaan menyusul pada minit ke-17 sebaik gerakan Firdaus Saiyadi yang memperdayakan Francis Kasonde dari luar kotak penalti disudahkan Nor Hakim Hassan.
Baca juga:
Perak selangkah ke final Piala Malaysia
Durakovic mahu kemenangan selesa untuk Perak
Rozaimie Rohim di sangka anak jati Sabahan
Bawa bekalan tipis di Larkin
Perak selangkah ke final Piala Malaysia
Durakovic mahu kemenangan selesa untuk Perak
Rozaimie Rohim di sangka anak jati Sabahan
Bawa bekalan tipis di Larkin
Tiga minit sebelum babak pertama tamat, Wander Luiz memastikan jaringan kedua Perak apabila mudah menewaskan penjaga gol, Rozaimie Rohim, melalui gerakan bersama yang dimulakan Nor Hakim dari tengah padang.
Suasana di stadium semakin gamat apabila Gilmar Da Silva menyempurnakan hantaran leret Nor Hakim dalam kotak penalti pada minit ke-73.
Tiga minit kemudian, Nor Hakim terus menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Sabah, dengan kali ini hantaran lintangnya dari sebelah kiri ditanduk kemas Firdaus bagi gol keempat Perak.
Sabah terus dirundung malang ekoran tindakan Leopold Alfonso menjatuhkan Nazirul Naim Che Hashim pada masa kecederaan menghadiahkan sepakan penalti buat Perak yang seterusnya disempurnakan Leandro Dos Santos.
Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, lantas memuji barisan pemainnya selepas tamat perlawanan.
"Kami berusaha keras malam ini, pemain-pemain beraksi dengan sangat baik. Saya berani katakannya, mereka bermain dengan sangat baik. Mungkin masih ada beberapa peluang yang tidak disempurnakan tetapi ia jelas keputusan yang baik, lebih-lebih lagi di laman sendiri," katanya.
Situasi berbeza dirasai pengendali Sabah, Jelius Ating, yang nyata kecewa dengan persembahan pasukannya.
"Kami tidak dapat memberikan saingan seperti mana yang kami jangkakan. Secara peribadi, saya amat kecewa dengan persembahan pasukan. Ini bukan prestasi sebenar kami jika dilihat sepanjang kempen ini berlangsung," kata Jelius.
0 comments:
Catat Ulasan