Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 11 Oktober 2018

Rawilson Batuil 'digugurkan' ke Colombo



Rawilson Batuil 'digugurkan' ke Colombo


Tiga pemain skuad bola sepak kebangsaan terlepas ‘tiket penerbangan’ ke Colombo apabila digugurkan saat akhir akibat kecederaan yang dialami mereka.



Perkembangan itu disahkan jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang menjelaskan mereka hanya membawa 22 pemain untuk mengharungi aksi persahabatan bertemu Sri Lanka yang berlangsung, Jumaat ini.


Tiga pemain yang digugurkan itu adalah Rawilson Batuil, Akram Mahinan dan Nor Hakim Hassan namun Cheng Hoe sempat memanggil pemain skuad Bawah-19 tahun negara (B-19), Nik Akif Syahiran Nik Mat untuk melengkapkan senarai 22 pemain.



“Kita terpaksa melupakan khidmat tiga pemain itu kerana cedera, jadi mereka dilepaskan ke pasukan masing-masing untuk menjalani rawatan dan sesi pemulihan.



“Kecederaan mereka tidak begitu serius namun kita tetap memantau keadaan ketiga-tiga pemain berkenaan. Kita perlu menunggu sama ada mereka boleh diturunkan pada aksi bertemu Republik Krygyz nanti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.



Skuad Harimau Malaya dijadual bertemu Sri Lanka di Stadium Sugathadasa, sebelum menentang Republik Krygyz di Stadium Hang Jebat, Selasa ini.



Mengulas lanjut prestasi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh yang menjalani latihan buat kali pertama hari ini, Cheng Hoe menjelaskan pemain sayap itu perlu bekerja keras untuk mendapatkan kembali kecergasannya.



“Berdasarkan latihan hari ini, saya nampak dia agak keletihan, mungkin akibat rehat yang agak panjang selepas aksi suku akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.



“Apapun, saya optimis dia akan kembali cergas selepas sesi latihan selepas ini sekali gus bersedia sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi persahabatan dua hari lagi,” katanya.



Sebagai rekod, pemain sayap Pahang itu yang sepatutnya melapor diri ke kem latihan pusat di Melaka, kelmarin hanya muncul menyertai rakan sepasukannya, pagi tadi.



Ini selepas Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) hanya melepaskan pemain itu ke skuad kebangsaan, semalam sekali gus menyaksikan dia terlepas sesi latihan selama dua hari.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog