Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 13 Oktober 2018

Dua gol debut pertama bagi semangat Sumareh



Dua gol debut pertama bagi semangat Sumareh


Dua gol yang disumbang pada penampilan sulung sebagai pemain naturalisasi negara nyata melonjakkan lagi semangat penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh untuk membantu skuad Harimau Malaya menempa lebih banyak kejayaan selepas ini.



Kemenangan besar 4-1 ke atas Sri Lanka ketika dia meledak dua jaringan dalam lima minit terakhir pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sugathadasa, Colombo malam tadi menjadi bukti dia sudah bersedia untuk memikul tugas selaku peledak utama skuad negara.



Jelas tonggak kelahiran Gambia yang mendapat taraf kerakyatan negara ini, kemampuannya meledak gol memberi motivasi buatnya untuk mengekalkan persembahan meyakinkan terutama pada saingan Piala AFF bulan depan.



“Saya gembira dapat menjaringkan gol buat pasukan dan lebih penting kami meraih kemenangan di tempat lawan.



“Saya anggap gol itu sebagai membalas kepercayaan jurulatih dan semua peminat yang sentiasa menyokong karier saya selama ini.



“Malah, gol pertama saya di peringkat antarabangsa ini secara tidak langsung meningkatkan motivasi saya dan akan berusaha memberi persembahan lebih baik pada perlawanan selepas ini,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.



Pada aksi persahabatan itu, skuad kebangsaan terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas tuan rumah mendahului menerusi Asela Madushan pada minit ke-29.



Bagaimanapun, anak buah Tan Cheng Hoe bangkit bergaya khususnya dalam tempoh 25 minit terakhir apabila meraih empat gol menerusi Norshahrul Idlan Talaha (m-65), Adam Nor Azlin (m-76) dan Sumareh (m-85, 91).



Selepas tugasan di Colombo, pasukan negara yang kini menghuni tangga ke-171 dunia menghadapi ujian getir apabila dijadual menentang Kyrgyzstan yang menduduki ranking ke-91 dunia pada aksi persahabatan kedua di Stadium Hang Jebat, Melaka, Selasa ini.



Ditanya mengenai aksi itu, Sumareh mengakui amat teruja untuk bermain di depan penyokong sendiri.



“Bukan perlawanan yang mudah (menentang Kyrgyzstan). Sudah tentu saya sudah tidak sabar, namun mengharapkan sokongan padu penyokong untuk sama-sama memenuhi stadium pada aksi itu nanti,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog