Jangan bolos awal
Tabiat `buruk’ skuad negara membenarkan gawang dibolosi awal sebelum bangkit perlu dielakkan seandainya mereka mahu menjadi pencabar pada aksi temasya bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 yang akan membuka tirainya, bulan hadapan.
Itu harapan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yang mahukan barisan pemainnya kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan untuk dimanfaatkan pasukan lawan bagi menghasilkan jaringan.
Baca juga:
Dua gol debut pertama bagi semangat Sumareh
Jurulatih mahu hutang dibayar
30 PEMAIN LIVERPOOL AKAN MEWAKILI NEGARA
Apa seterusnya buat The Rhinos?
Rawilson Batuil 'digugurkan' ke Colombo
Piala AFF: Mat Yo dan Sumareh mampu bentuk gandingan berbisa
Kemunculan Sumareh ala Diva
Nor Hakim pemusnah Sabah di Ipoh
5 pemain Perak, 2 pemain Sabah dipanggil
Mengapa Sabah kena 5 gol di Ipoh?
Dua gol debut pertama bagi semangat Sumareh
Jurulatih mahu hutang dibayar
30 PEMAIN LIVERPOOL AKAN MEWAKILI NEGARA
Apa seterusnya buat The Rhinos?
Rawilson Batuil 'digugurkan' ke Colombo
Piala AFF: Mat Yo dan Sumareh mampu bentuk gandingan berbisa
Kemunculan Sumareh ala Diva
Nor Hakim pemusnah Sabah di Ipoh
5 pemain Perak, 2 pemain Sabah dipanggil
Mengapa Sabah kena 5 gol di Ipoh?
“Jika dibolosi awal, situasi itu akan memberi lebih keyakinan kepada pasukan lawan dan secara tidak langsung pula memberi tekanan kepada kita kerana ketinggalan.
“Namun, dalam perlawanan menentang Sri Lanka, saya berpuas hati dengan pemain kerana mereka menunjukkan semangat tidak berputus asa dan selepas beberapa pertukaran, nampak strategi kita menjadi apabila dapat menjaringkan empat gol pada separuh masa kedua.
“Apapun, kita harus mengelak daripada dibolosi gol awal. Jadi saya harap pemain dapat pengajaran daripada beberapa aksi persahabatan kita harungi untuk tampil lebih kemas pada temasya Piala AFF Suzuki 2018 nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada aksi persahabatan di Stadium Sugathadasa malam tadi, Sri Lanka mengejutkan pelawat apabila mendahului pada babak pertama sebelum anak buah Cheng Hoe bangkit selepas rehat dengan meledak empat gol sekali gus meraih kemenangan 4-1.
Sebelum ini, mereka memperaga skrip sama apabila dibolosi terlebih dahulu ketika bertemu Kemboja namun aksi bertenaga pada babak kedua membolehkan pemain negara merakam kemenangan 3-1 ke atas pasukan yang dibimbing legenda Jepun, Keisuke Honda.
Begitupun, pemain negara juga pernah gagal untuk bangkit selepas ketinggalan seperti ketika tewas 2-0 di tangan Taiwan sebelum ini.
Mengulas lanjut tindakannya yang hanya menurunkan pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh pada babak kedua, Cheng Hoe menegaskan ia diputuskan selepas melihat tahap kecergasan pemain itu dan situasi perlawanan.
“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, dia hanya berlatih dua hari dan kurang cergas. Jadi saya tidak mahu mengambil risiko menurunkan dia dalam kesebelasan utama.
“Saya juga tidak menurunkan dia lebih awal kerana kita ketinggalan pada babak pertama dan belum mendapat rentak. Saya tidak mahu meletakkan tekanan pada penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan.
“Tapi saya gembira dengan prestasinya kerana menjaringkan dua gol selain aksi pemain lain yang wajar dipuji. Saya percaya mereka boleh bermain lebih baik selepas ini,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan