Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 7 Oktober 2018

Bawa bekalan tipis di Larkin

Bawa bekalan tipis di Larkin








Terengganu FC 1 JDT 0


Jaringan tunggal pemain gantian, Abdul Malik Mat Ariff, memberikan kemenangan 1-0 buat Terengganu FC (TFC) ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu, sebentar tadi.

Skuad tuan rumah bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu nyaris mengejutkan JDT seawal minit kelima, namun Lee Tuck sedikit terlewat dan gagal menyambar hantaran leret Kipre Tchetche dari sebelah kiri.

Seminit kemudian Harimau Selatan menguji penjaga gol TFC, Mohd Suffian Rahman, menerusi percubaan Safawi Rasid dari luar kotak penalti yang mudah diselamatkan.

Peluang terbaik JDT menjelma pada minit ke-37 yang menyaksikan sepakan Gonzalo Cabrera sekadar terkena tiang sebelum percubaan susulan Safawi melambung tinggi.

Pemain tengah JDT, Fernando Elizari, kemudian melakukan umpanan kepada Ignacio Insa, malangnya penyudah lemah tonggak import tersebut mudah ke dakapan Suffian pada minit ke-67.

Memasuki minit ke-74, Aidil Zafuan Abdul Radzak pantas mengeluarkan bola hantaran Tchetche dari sebelah kiri, begitupun gerakan sama empat minit selepas itu mengubah kedudukan jaringan.

Tchetche berjaya melepasi kawalan S. Kunanlan dan melakukan lorongan leret yang berjaya disudahkan Abdul Malik bagi menceriakan lebih 10,000 penyokong Sang Penyu.

Usaha JDT yang terdesak mendapatkan gol di tempat lawan gagal membuahkan hasil, sebaliknya sepakan percuma Tuck pada masa kecederaan ditepis Mohd Farizal Marlias lebih mencemaskan pelawat.

Kedudukan 1-0 kepada TFC kekal sehingga wisel penamat, begitupun 90 minit yang panjang menanti mereka di Larkin, dua minggu lagi.

Kredit foto: Johor Southern Tigers
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog