Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 8 Oktober 2018

Tak perlu tunggu saya- Chong Wei



Tak perlu tunggu saya- Chong Wei



Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akhirnya bersuara selepas ‘membisu’ sejak dirinya disahkan menghidap kanser hidung.



Jaguh perseorangan lelaki itu yang akan genap berusia 36 tahun 21 Oktober ini dan berada di Taiwan untuk menjalani rawatan sejak lebih dua bulan lalu, dijadualkan pulang ke tanah air hari ini, tetapi memilih untuk mengelak daripada bertemu media.

Baca juga: Teka-teki kesihatan Chong Wei

Sebaliknya, pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu hanya menghantar rakaman suara kepada Sukan NSTP dengan berkata: "Tolong beritahu semua media, tak perlu tunggu saya.



"Saya perlukan rehat. Saya akan buat sidang media tidak lama lagi dengan semua media.



"Beri peluang saya berehat beberapa hari sebelum saya jumpa semua. Terima kasih.”



Tanda tanya mengenai penyakit Chong Wei timbul pada Julai lalu selepas pemain itu menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.



Dalam kenyataan awal Persatuan Badminton Malaysia, Chong Wei dikatakan mengalami masalah pernafasan.



Bagaimanapun, pada 22 September lalu, badan induk itu mengesahkan Chong Wei mengidap kanser hidung peringkat awal.



Sejak itu, ramai yang memberi sokongan dan ucapan berharap dia segera sembuh termasuk pemain ternama dunia.



Bagaimanapun, masih tidak pasti jika Chong Wei akan kembali beraksi atau tidak selepas melakar pencapaian gemilang dengan memenangi 69 gelaran keseluruhan sepanjang kariernya.



Walau apapun keputusan, rakyat Malaysia harus menyokong Chong Wei dengan memberi pemain itu masa dan ruang untuk pulih sepenuhnya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog