Mengapa Sabah kena 5 gol di Ipoh?
Mimpi ngeri buat Sabah di Ipoh Perak pada malam 07 Oktober 2018 setelah dibelasah oleh pasukan Perak. Tiada siapa yang menyangka Perak mampu menjaringkan banyak gol di kala Sabah gah menyingkirkan Kelantan di suku akhir.
Semuanya serba tidak menjadi buat anak didik Jelius Ating. Bermulanya tiupan wisel pertama lagi sudah jelas kelihatan pemain Sabah tiada naluri seorang pejuang.
Baca juga:
Ramai peminat pasukan Sabah terkejut dengan kekalahan tersebut dan meluahkannya melalui media sosial facebook Page Buletin Sabah FA. Tidak lama kemudian isu gaji menjadi topik terhangat yang keluar dari mulut jurulatih Sabah Jelius Ating. Sebenarnya isu gaji suda lama menjadi bahan cemuhan peminat bola sepak Sabahan tetapi tidak sepanas kini.
Persoalannya mengapa setelah kalah baru isu gaji ini keluar dari mulut pengendali Sabah. Adakah dia hanya ingin menyelamatkan dirinya dari terus dikecam? bagi pandangan admin Jelius Ating juga turut bertanggungjawap atas kekalahan yang memalukan di Ipoh. Banyak keputusan yang boleh dipersoalkan dari bekas pertahanan kental Sabah ini.
Pasukan Sabah harus mengadakan post mortem kekalahan daripada terus memberikan banyak alasan akibat kekalahan untuk diperbaiki di pusingan kedua di Likas nanti. Dalam bola sepak tiada yang mustahil walaupun ianya memerlukan keajaiban untuk bangkit.
Di peringkat ini seorang jurulatih seharusnya memberikan kata-kata semangat dan perancangan secara berpasukan. Hal ini kerana Perak beraksi di tempat sendiri dengan sokongan ramai peminat yang mampu mengoyahkan mental pemain Sabah.
Jelius Ating dikritik kerana menggunakan formasi yang sama 4-4-2 sepanjang kempen Piala Malaysia dan pasukan seperti Perak sudah pasti telah mengkajinya. Di tempat lawan dan menentang pasukan berkualiti seperti Perak formasi 3-5-2/4-3-3 harus dipertimbangkan.
Masa pertama pemain tengah Sabah Sabri Sahar dan Azizan Nordin ke laut. Diatasi sepenuhnya oleh Brendan Gan dan pemain tengah Perak. Saya tidak menyalahkan 100% kepada Hector Ramos & Rodoljub akibat kekurangan sengat di bahagian serangan kerana mereka tidak dapat lorongan dan hantaran bola berkualiti dari tengah mahupun sayap Sabah. Masalah ini tidak di atasi oleh Jelius Ating dan akibatnya kita bolos 5 gol. Sepatutnya seorang pemain tengah dibawa masuk bagi menimbangi bahagian tengah dan meletakkan Azizan Nordin sebagai defensif midfield.
Juga dipersoalkan ialah tidak menukar pemain pertahanan yang cedera Rawilson Batuil. Mafry Balang tiada pun dalam senarai pemain simpanan Sabah dalam aksi separuh akhir. Walaupun Mafry Balang beraksi kurang baik selepas dibelasah Pahang di Likas tetapi pengalamannya penting dalam aksi sebegini. Keputusan kurang bijak dari pengendali Sabah. Kecederaan yang menimpa kepada Rawilson menjadi tamparan hebat buat Sabah kerana pemain ini meninggalkan ruang kosong dan kerap berada di luar posisi.
Admin tetap menyeru kepada semua peminat untuk datang ke Stadium likas pada 21 Oktober 2018 untuk menyaksikan perlawanan kedua antara Sabah dan Perak. Sokongan moral harus kita berikan untuk kemajuan bola sepak Sabah di masa hadapan. Good luck Rhinos!!!!
0 comments:
Catat Ulasan