Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 10 Oktober 2018

Kemunculan Sumareh ala Diva

Kemunculan Sumareh ala Diva



Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh akhirnya muncul di kem latihan pusat skuad kebangsaan selepas ‘hilang’ selama dua hari apabila sepatutnya melaporkan diri, kelmarin.



Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan di laman rasmi Facebook, hari ini.


“Pemain sayap Pahang itu sudah melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Melaka, hari ini dan menjalani latihan pagi ini,” menurut FAM.



Pemain berusia 27 tahun itu menyertai 23 pemain lain yang akan berlepas ke Colombo, malam ini untuk mengharungi aksi persahabatan bertemu Sri Lanka, Jumaat ini sebelum berdepan Kyrgyzstan di Melaka, Selasa depan.



Terdahulu, ‘kehilangan’ Sumareh pada sesi latihan pertama skuad kebangsaan kelmarin menimbulkan persoalan ketika dia sebelum ini mengakui bersedia untuk menyarung jersi Malaysia selepas mendapat panggilan.



Jurulatih Tan Cheng Hoe ketika itu menjelaskan pengurusan masih berurusan dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengenai pelepasan pemain kelahiran Gambia itu untuk mengikuti sesi latihan dan menyertai dua aksi persahabatan itu.



Bagaimanapun, situasi berubah semalam apabila Sumareh mengesahkan dia boleh menyertai latihan skuad kebangsaan selepas mendapat pelepasan daripada majikannya.



“Saya akan ke Melaka hari ini (semalam) dan menyertai (latihan pasukan kebangsaan). Saya boleh beraksi dan akan berlepas (ke Colombo) bersama pasukan kebangsaan esok (hari ini).



“Ya, saya sudah mendapat pelepasan daripada PBNP dan sebab itu saya ke Melaka,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog