Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 29 Oktober 2018

MEREKA TELAH LAKUKAN YANG TERBAIK -JELIUS

MEREKA TELAH LAKUKAN YANG TERBAIK -JELIUS

Jelius (dua dari kanan) bersama pemain menjalani latihan. Gambar SNT/Ehsan Raymond Henry Gusi
KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating menegaskan pemainnya telah memberikan persembahan yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia musim ini meskipun pasukan itu gagal mara ke final menerusi agregate 2-7 ke atas Perak.
Jelius berkata, secara keseluruhan pasukan Sabah sedikit sebanyak telah berjaya meningkatkan maruah bola sepak negeri dengan menamatkan saingan Piala Malaysia di peringkat separuh akhir atau pun empat pasukan terbaik.
Imbas kembali, Jelius melambai kepada penyokong Sabah selepas menewaskan Kelantan ketika aksi perlawanan suku akhir ke-2 Unifi Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin
“Keadaan ini (gagal ke final) bukan penamat buat Sabah, bagi saya pasukan kita berada dilandasan yang baik sebab sudah sekian lama kita tidak layak dalam saingan kompetitif.
“Justeru, apabila kita mampu sampai ke separuh akhir, itu sudah cukup bermakna untuk Sabah menamatkan kempen Liga Malaysia musim ini,” katanya kepada Sabah News Today.
Imbas kembali … Sebahagian penyokong Sabah yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2018 diantara pasukan Sabah menentang Pahang di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Sabah menang dengan jaringan 4-0. Gambar SNT / Ehsan Jaiman Taip
Jelius yang baru semusim bertindak selaku pengendali skuad badak seharusnya boleh berbangga dengan pencapaian pasukannya apabila meraih lima kemenangan dan masing-masing dua seri dan kalah sepanjang aksi Piala Malaysia kali ini.
Dalam pada itu, Jelius berkata, cabaran Piala Malaysia musim ini juga memberikan peluang dan pendedahan terbaik kepada pemain muda tempatan.
Kenangan manis Jelius berpelukan dengan Pasukan, Datuk Juil Nuatim meraikan kejayaan Sabah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia tahun ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin
Katanya, ia adalah perkembangan yang baik memandangkan Sabah sudah memiliki barisan pemain tempatan yang berpotensi dan mempunyai masa depan cerah pada masa akan datang.
“Untuk tahun ini, saya tetap berpuas hati sebab kita pun tidak menjangka Sabah boleh ke separuh akhir sebab kita diundi dengan pasukan seperti Selangor dan Pahang, namun kita dapat mengatasi mereka dan ini satu perkembangan yang baik untuk bola sepak kita.
Antara pemain impot Sabah yang menyerlah dalam musim Piala Malaysia tahun ini Rodoliub Paunovic (tengah). Gambar SNT/Mohd Adam Arinin
“Bagi saya, kalau kita mahu membentuk pasukan yang bagus kita kena buat persiapan awal. Bagaimanapun, sekarang ini semua bergantung kepada kewangan kita,” katanya.
Diharapkan, musim depan Sabah seharusnya mempunyai pengurusan yang lebih baik terutama daripada aspek keperluan dan menjaga kebajikan para pemain. – SabahNewsToday
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog