STUART Ramalingam. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
'F:30 bukan angan-angan'
Artikel lain:Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa
Presiden PAFA digesa letak jawatan
MU lamar Zainal
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019
KUALA LUMPUR: “Peta hala tuju yang dinamakan F:30 itu bukan sekadar angan-angan atau perancangan syok sendiri!” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.
Malah beliau percaya F:30 yang dilancarkan semalam itu mampu membuahkan hasil memandangkan ia realistik dan boleh dilaksanakan.
Katanya, pelan empat tahun bagi setiap fasa yang sudah ditentukan dalam F:30 itu juga relevan memandangkan mereka meletakkan penanda aras di penghujung fasa sebelum memulakan fasa yang seterusnya.
“Perancangan ini akan berjaya kerana kalau kita lihat, ia realistik dengan perancangannya yang boleh dinilai dan sasaran yang sedia ada. Ia bukan angan-angan kerana perancangan dibuat selepas meneliti beberapa faktor dan kami yakin ia dapat dilaksanakan.
“Dalam setiap fasa, kita meletakkan penanda aras bagi membolehkan kita melakukan perancangan yang lebih baik bagi fasa yang seterusnya.
“Dengan meletakkan empat tahun bagi setiap fasa, ia akan memberi ruang kepada kita untuk menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku dalam industri pada masa akan datang,” kata Stuart ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran F:30 yang berlangsung di ibu negara, semalam.
Mengulas lanjut kemungkinan F:30 tidak akan diteruskan sekiranya berlaku perubahan dari segi pentadbiran badan induk itu pada masa akan datang, Stuart menjelaskan setidak-tidaknya program itu dapat membina asas yang kuat untuk bola sepak negara.
“Saya akui saya mungkin tidak akan kekal bersama FAM selama 12 tahun tetapi kami mengharapkan program ini dapat dijadikan panduan kepada barisan pentadbiran selepas ini.
“Mungkin mereka tidak perlu mengikut trajektori ini dan mereka ada perancangan sendiri tetapi sekurang-kurangnya dengan F:30, kita sudah mempunyai asas yang kukuh untuk memperkasa bola sepak di negara ini,” katanya.
Terdahulu, FAM melancarkan Peta Hala Tuju yang dinamakan F:30 dan antara inti pati pelan 12 tahun itu ialah menetapkan Harimau Malaya akan kembali ‘mengaum’ sebagai antara lima negara terbaik Asia menjelang 2030.
Peta hala tuju itu terbahagi kepada tiga pelan strategik iaitu fasa pertama (2019-2022) untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan, pembangunan modal insan dan infrastruktur disusuli fasa kedua (2023-2026) untuk mencapai peringkat Asia.
Fasa ketiga (2027-203
0 comments:
Catat Ulasan