Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 2 November 2018

Tiga pemain muda tumpuan ABK2018


SAFAWI Rasid, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Nor Azam Azih.

Tiga pemain muda tumpuan ABK2018

Artikel lain:
Argentina terus 'sisih' Messi
Alex sah angkat kaki
PENCALONAN TOP 3 TERBAIK ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2018
'F:30 bukan angan-angan'
Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa
Presiden PAFA digesa letak jawatan
MU lamar Zainal
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019

KUALA LUMPUR: Tiga pemain muda negara bakal menjadi tumpuan apabila masing-masing tercalon dalam dua kategori pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2018 yang akan berlangsung, Isnin ini.



Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tercalon bagi kategori Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan yang turut dibarisi pemain muda Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat dengan pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih melengkapkan senarai calon Pemain Tengah Terbaik.



Bintang muda Kedah, Akhyar Rashid pula dicalonkan bagi kategori Penyerang Terbaik namun terpaksa ‘berebut’ dengan Safawi dan Nik Akif selepas pemain berusia 19 tahun itu turut dicalonkan dalam kategori Pemain Muda Harapan.










Safawi ketika dihubungi Sukan NSTP berkata, dia mengakui saingannya bagi dua kategori itu sememangnya sengit kerana pemain yang tercalon disifatkan sebagai pemain terbaik negara ketika ini.



Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun itu tetap mengharapkan rezeki berpihak kepadanya supaya beroleh anugerah individu selepas mengharungi kecemerlangan bersama skuad Harimau Selatan musim ini.



“Kalau boleh, saya mahukan anugerah terbabit sebagai menutup musim 2018 dengan lebih baik.



“Saya sudah bersyukur jika berjaya meraih sekurang-kurangnya satu anugerah, tapi jika tidak berjaya, mungkin bukan rezeki saya. Saya akan terus berusaha keras musim hadapan,” katanya.



Secara keseluruhan, JDT mengungguli pencalonan utama ABK2018 yang menyaksikan mereka tersenarai dalam tujuh daripada lapan kategori utama kali ini.






FARIZAL Marlias



Selain Safawi, Farizal Marlias turut dicalonkan untuk anugerah Penjaga Gol Terbaik yang turut menampilkan wira Piala Malaysia 2018, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Khairul Fahmi Che Mat (Melaka).



Anugerah Pertahanan Terbaik menyaksikan pencalonan S Kunanlan yang bakal disaingi pertahanan Perak, Shahrul Saad dan pemenang ABK2017, Matthew Davies.



Selain mendapat cabaran daripada Akhyar, Penyerang Terbaik ABK 2017, Shahrel Fikri Md Fauzi turut bersaing dengan penyerang JDT, Ahmad Hazwan Bakri bagi anugerah sama tahun ini.



Pemain import JDT, Gonzalo Cabrera dicalonkan untuk kategori Pemain Import Terbaik yang dibarisi arkitek tengah Terengganu, Lee Tuck serta penjaring terbanyak Piala FA dan Liga Super musim ini, Rufino Segovia.



Tiga pemain import Singapura mendominasi kategori pemain ASEAN terbaik – Faris Ramli (PKNS FC), Hariss Harun (JDT) dan Safuwan Baharudin (Pahang).



Bagi kategori Jurulatih Terbaik, penyandangnya, B Sathianathan yang membawa FELDA United kembali ke Liga Super musim hadapan akan berdepan saingan jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang memenangi Piala FA dan Mehmet Durakovic (Perak) yang baru merangkul Piala Malaysia, minggu lalu.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog