Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 28 Oktober 2018

Suresh layak adili pentas final Piala Malaysia


SURESH melayangkan kad kuning kepada pemain Perak selepas melakukan provokasi ke atas pemain pertahanan Terengganu ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Suresh layak adili pentas final Piala Malaysia




KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertahankan pilihan mereka apabila melantik Suresh Jayaraman selaku pengadil final Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan Perak di Stadium Shah Alam, semalam.

Penjaga gol Perak "Tendang angin"

Meskipun timbul kontroversi yang dicetuskan pengadil berusia 30 tahun itu, namun Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh menegaskan dia bertanggungjawab sepenuhnya atas pemilihan Suresh untuk mengendalikan perlawanan ‘panas’ itu.



“Pada pendapat saya, dia mempunyai kemampuan untuk mengendalikan cabaran dari kedua-dua pasukan. Kemampuan ini sudah ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelumnya.




“Pilihan lebih kepada Suresh selepas saya mendapati dia memberikan komitmen yang tinggi dan mempunyai sikap untuk bersaing secara sihat untuk memajukan dirinya.



“Ini adalah sekian lama selepas beberapa tahun kita tidak mempunyai keterampilan seseorang pengadil berbangsa India di pentas final.



“Selain daripada pengalaman dua tahun di Liga Super, dia terlebih dahulu berada dalam Liga Perdana dan mereka adalah sebahagian dari pengadil Liga Malaysia (Liga M). Jadi beliau sudah ada pengalaman secukupnya untuk mengendalikan perlawanan akhir,” katanya ketika dihubungi dari Auckland, New Zealand.



Terdahulu, mutu pengadilan Suresh pada aksi final antara Terengganu FC (TFC) dan Perak di Stadium Shah Alam malam tadi mencetuskan pertikaian banyak pihak susulan beberapa keputusan kontroversi yang dilakukannya sepanjang mengadili perlawanan itu.



Antaranya Suresh membatalkan jaringan penyamaan pemain tengah Perak, Leandro Dos Santos pada minit ke-32 selepas dikatakan mengasari penjaga gol TFC, Mohd Suffian Rahman selain membatalkan jaringan Gilmar da Silva pada babak kedua kerana dikatakan sudah berada dalam keadaan ofsaid.



Malah, Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut membidas pengadil berkenaan dan menyifatkan mutu pengadilan pada aksi terbabit teruk.



“Pengadil final Piala Malaysia hari ini teruk. Saya tidak pernah melihat dia dan saya terkejut mengapa dia dipilih untuk final,” kata Tunku Ismail dalam Twitternya.- Bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog