Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 3 November 2018

Selangor bukan destinasi Safiq Rahim


ABDUL Rauf Ahmad

Selangor bukan destinasi Safiq Rahim

Artikel lain:
Tiga pemain muda tumpuan ABK2018
Argentina terus 'sisih' Messi
Alex sah angkat kaki
PENCALONAN TOP 3 TERBAIK ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2018
'F:30 bukan angan-angan'
Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa
Presiden PAFA digesa letak jawatan
MU lamar Zainal
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019


KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan Selangor Datuk Abdul Rauf Ahmad mengesahkan tiada perancangan untuk membawa pulang Safiq Rahim beraksi semula bersama skuad Red Giants musim depan.



Pemain perancang berusia 31 tahun itu dilepaskan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Khamis lalu dan spekulasi mengenai perpindahan semula pemain itu ke beberapa pasukan termasuk pasukan negeri kelahirannya Selangor hangat diperkatakan.




Bagaimanapun Rauf yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata, setakat ini mereka tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Safiq kerana masih belum melantik jurulatih.



"Kami masih tidak ada jurulatih, jadi tidak ada perbincangan dengan mana-mana pemain," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, hari ini.



Selain Selangor, Safiq yang juga bekas kapten skuad kebangsaan turut dikaitkan dengan kelab PKNS FC dan Buriram United dari Thailand.



Mengulas mengenai pencarian jurulatih baru Selangor, Rauf mengesahkan mereka tidak berjaya memikat Mehmet Durakovic dengan jurulatih FELCRA FC dari Brazil, Tarcisio Pugliese antara calon pilihan seperti yang dilaporkan Sukan NSTP sebelum ini.



"Memang sah Mehmet (Durakovic) tidak akan membimbing Selangor dan kami memang pernah berbincang dengan Pugliese kerana beliau jurulatih asing yang ada (bebas kontrak). Tapi kita juga ada dua, tiga calon jurulatih asing dari luar negara yang berada dalam senarai.



"Jurulatih luar ini kami lihat mempunyai pencapaian yang bagus cuma apa yang sedikit membimbangkan adalah mereka tidak ada pengalaman di sini dan tidak mengenali pemain kita.



"Apapun kami akan putuskan siapa jurulatih Selangor minggu depan sebelum buat pengumuman rasmi," katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog