Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 2 November 2018

Argentina terus 'sisih' Messi


Penyerang Lionel Messi yang disisih dari skuad kebangsaan Argentina bagi mengharungi dua aksi persahabatan menentang Mexico, bulan ini. - Foto bbc.co.u

Argentina terus 'sisih' Messi

Artikel lain:
Alex sah angkat kaki
PENCALONAN TOP 3 TERBAIK ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2018
'F:30 bukan angan-angan'
Aiyawatt tekad teruskan legasi bapa
Presiden PAFA digesa letak jawatan
MU lamar Zainal
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019

BUENOS AIRES: Lionel Messi sekali lagi diketepikan dalam skuad kebangsaan Argentina bagi mengharungi dua aksi persahabatan menentang Mexico, bulan ini.

Selain itu, pemain-pemain daripada kelab Boca Juniors dan River Plate yang juga finalis Copa Libertadores juga tidak disenarai.

Begitupun, ketiadaan Messi bukan lagi kejutan apabila bintang Barcelona itu tidak beraksi dalam empat perlawanan persahabatan bersama skuad kebangsaan sejak Piala Dunia di Russia berakhir.


Dia dipercayai memohon untuk dikecualikan bagi perlawanan tidak kompetitif sepanjang tahun untuk menikmati rehat.

Argentina dijadual bertemu Mexico di Cordoba pada 16 November dan sekali lagi di Mendoza empat hari kemudian.

Selain itu, dua perlawanan timbal balik Copa Libertadores di antara dua kelab gergasi Argentina di Buenos Aires yang berlangsung dalam tempoh masa sama memaksa jurulatih kebangsaan, Lionel Scaloni tidak menyenaraikan pemain daripada Boca dan River dalam skuad kendaliannya.

Antara pemain bintang yang pula diketepikan ialah pemain sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria, penyerang Manchester City, Sergio Aguero atau peledak AC Milan, Gonzalo Higuain.

Peluang bagi menjana jentera serangan diberikan kepada gandingan Inter Milan, Mauro Icardi dan Lautaro Martinezare selain pemain Atletico Madrid, Angel Correa dan bintang Juventus, Paulo Dybala.

Tanpa kelibat Messi, Argentina menewaskan Iraq 4-0 dan Guatemala 3-0 tetapi mereka kemudian diikat 0-0 oleh Colombia dan tewas 0-1 kepada musuh tradisi Brazil.

Penampilan terakhir Messi bersama skuad kebangsaan adalah pada peringkat 16 terakhir Piala Dunia yang menyaksikan Argentina tewas 3-4 kepada juara Perancis. - AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog