Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 1 November 2018

MU lamar Zainal


ZAINAL Abidin Hassan - Foto MOHD ASRI SAIFURDDIN MAMAT

MU lamar Zainal

Artikel lain:
PBSNT nafi desak final ulangan
Adakah Rozaimi kembali ke pangkal jalan?
Sabri Sahar ke Felda United?
Rumors Perpindahan pemain Liga Malaysia 2019



KUALA LUMPUR: Bekas pengendali Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan kian hampir mengisi kekosongan yang ditinggalkan E Elavarasan di Melaka United (MU).



Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat tawaran sebagai pengendali baharu pasukan itu kepada Zainal, hari ini.




“Presiden (Adly Zahari) sudah memberikan lampu hijau kepada pasukan untuk mengambil Zainal selaku jurulatih dan hari ini, saya bersama wakil Presiden sudah menyerahkan surat tawaran kepada Zainal.




“Saya menjangkakan dalam masa terdekat, Zainal akan ke Melaka untuk menandatangani kontrak. Kita mahukan perkara ini diselesaikan segera supaya memudahkan lagi persiapan pasukan untuk musim depan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran F:30 di ibu negara, hari ini.



Pada awal musim lalu, Melaka mendapat sentuhan Eduardo Almeida namun prestasi buruk skuad Hang Tuah memaksa dia digantikan Elavarasan dan sentuhannya berjaya memastikan skuad itu kekal bersaing dalam Liga Super musim depan.



Namun, bekas pengendali PKNS FC itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak sekali gus menyaksikan MUSA perlu mencari calon lain bagi mengisi posisi jurulatih untuk musim 2019.



Mengulas lanjut mengenai pemilihan bekas jurulatih Selangor itu untuk mengemudi pasukan, Yusoff menjelaskan Zainal masih lagi memiliki auranya yang tersendiri selain memiliki pengalaman yang luas dalam mengendalikan pasukan dalam kancah bola sepak tempatan.



“Sebelum ini, dia mengendalikan pasukan Liga Perdana. Jadi kami melihat ini sebagai peluang untuk Zainal kembali ke saingan Liga Super dan membuktikan kemampuannya di pentas yang lebih tinggi sama seperti sebelum ini.



“Kami mengharapkan peluang ini mampu menjadi motivasi kepada Zainal sekali gus menjadikan Melaka sebagai pencabar pada musim depan,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog