Kungfu di atas padang dalam perlawanan Malaysia-UAE
Baca juga: Jose lulus ujian pertama
Insiden pergaduhan 'ala-kungfu' mencemari perlawanan persahabatan terakhir skuad Bawah 23 (B-23) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Shah Alam malam ini.
Insiden tersebut berlaku di tengah padang pada penghujung perlawanan ketika Malaysia mendahului 2-0.
Ia bermula apabila beberapa pemain serta pegawai UAE bertindak menyerang pemain kebangsaan, dipercayai berpunca daripada beberapa kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan sebelum itu.
Pergaduhan tersebut turut merebak kepada keseluruhan pemain termasuk di bangku simpanan.
Jika anda tidak dihalakan semula secara automatik, klik di sini .
Situasi tersebut hanya dapat ditenangkan selepas petugas keselamatan mengawal keadaan.
Terdahulu, skuad Datuk Ong Kim Swee menguasai permainan namun terpaksa menunggu sehingga minit ke-27 untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi Safawi Rasid.
Gawang UAE bolos kali kedua menerusi gerakan solo oleh tonggak negara, Mohammad Akhyar Abdul Rashid pada minit ke-64.
Ini adalah perlawanan terakhir skuad B-23 sebelum ke Sukan Asia 2018 di Jakarta di mana mereka akan menentang Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain di peringkat kumpulan.- Malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan