Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 9 Ogos 2018

Kepa tebus 80j euro menjadi penjaga gol termahal dunia



Baca juga:
Sabah awasi kelincahan Fandi Ahmad
Mateo Kavocic sah dipinjamkan ke Chelsea 

Kepa tebus 80j euro menjadi penjaga gol termahal dunia


Penjaga gol Athletic Bilbao, Kepa Arrizabalaga membayar klausa tebus kontraknya bernilai 80 juta euro (RM377 juta) dengan kelab La Liga Sepanyol itu menjelang jangkaan dia berpindah ke Chelsea.

Pemain berusia 23 tahun itu dijangka menandatangani kontrak dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini, dengan penjaga gol semasa Thibaut Courtois mahu berpindah ke Real Madrid.

“La Liga mengesahkan kepada kami Kepa Arrizabalaga sudah memenuhi tuntutan bagi menamatkan kontraknya dengan Athletic Bilbao,” menurut Bilbao dalam satu kenyataan.


“Dia menamatkan ikatan dengan kami sejak bermain pada musim 2004-05 dan jumlah pampasan yang terkandung dalam kontrak itu sudah dibayar.”

Pada tanda harga 80 juta euro, Arrizabalaga akan muncul sebagai penjaga gol termahal dalam sejarah bola sepak, mengatasi pemain Liverpool, Alisson Becker, yang berpindah dari AS Roma dengan harga 75 juta euro (RM354 juta) pada awal jendela perpindahan kali ini.

Selepas kuat dikaitkan dengan Real Madrid, Arrizabalaga menandatangani kontrak baru bersama Bilbao pada Januari lalu yang meningkatkan klausa tebus kontrak kepada 80 juta euro.

Jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri memuji Arrizabalaga, awal pagi tadi.

“Saya menyaksikan (Kepa) tahun lalu, tanggapan pertama saya dia penjaga gol yang amat bagus, masih muda tapi terlalu bagus,” kata jurulatih warga Itali itu selepas pasukannya seri 0-0 dengan Olympique Lyonnais pada satu aksi persahabatan. - Reuters
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog