Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 8 Ogos 2018

Semua pemain kekal fokus walaupun provokasi dari pihak lawan



Semua pemain kekal fokus walaupun provokasi dari pihak lawan

Baca Juga:
Preview Perlawanan Sabah v PKNP
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
Sabah bukan hanya pasukan pelengkap
4 calon ketua jurulatih Selangor
Persahabatan: Malaysia U23 1-2 China U23

Pengurus skuad bawah 16 tahun negara (B-16), Datuk S Sivasundaram menasihatkan agar semua penyokong tuan rumah apabila turun beraksi pada separuh akhir Kejohanan AFF di Surabaya esok.

Beliau berkata, biarpun Stadium Delta Sidoarjo dijangka bakal dipenuhi penyokong tuan rumah, pemain negara tidak perlu bimbang kerana pihak Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sudah memberi jaminan keselamatan.


“Kita jangkakan stadium akan penuh esok dan pemain bakal beraksi dalam suasana yang tidak pernah mereka lalui sebelum ini. Tapi pemain tidak perlu bimbang, pihak tuan rumah (PSSI) sudah memberi jaminan keselamatan.

“Kita berterima kasih kepada PSSI kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang pasukan berada di sini. Jadi apa yang perlu dilakukan pemain adalah menumpukan permainan di dalam padang, tak perlu hiraukan penyokong.

“Saya percaya pemain sudah bersedia dan tidak mustahil untuk kita menang esok untuk layak ke separuh akhir,” katanya ketika dihubungi Sukan NSTP, hari ini.

Skuad muda negara kendalian Raja Azlan Shah Raja Sho’ib mara ke separuh akhir apabila muncul naib juara Kumpulan B selepas mengatasi Laos 1-0 semalam.

Pemain negara dijangka bakal menerima layanan ‘istimewa’ penyokong tuan rumah susulan beberapa insiden kontroversi sebelum ini.

Pada 13 Julai lalu di venue sama, pemain skuad B-19 dibaling dengan batu dan botol minuman oleh penyokong tuan rumah selepas perlawanan separuh akhir Kejohanan AFF yang menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia 3-2 menerusi sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Dan insiden terbaru 30 Julai lalu, penyokong tuan rumah melaungkan kata-kata kesat ‘Malaysia itu anjing’ dan juga ‘Amirul itu anjing’ ketika skuad B-16 turun beraksi menentang Thailand pada aksi pertama Kumpulan B.

Sivasundaram berkata, semua pemain faham dan sedar bagaimana untuk berdepan situasi itu.

“Pemain kita sudah belajar dan sentiasa berwaspada. Kita hanya perlu fikirkan pasal permainan, saya percaya pemain berada di prestasi yang baik selepas mengalahkan Brunei (6-1), Singapura (4-0) dan Laos sebelum ini,” katanya.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog