Diikat oleh Sabah, Pahang gagal pamer rentak sebenar
Baca Juga:
Semangat "kasi radu" harus dikekalkan
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
5 calon Presiden SAFA
Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui skuad bimbingannya beraksi di bawah tahap sebenar selepas sekadar seri 1-1 dengan Sabah di tempat sendiri, malam tadi.
Kecewa dengan persembahan longlai Pahang, Dollah menyifatkan mereka kehilangan rentak dan corak permainan sebenar, malah tidak menunjukkan disiplin sepanjang 90 minit permainan.
Pahang gagal mempertahankan kelebihan jaringan dalam babak pertama, sebaliknya membenarkan Sabah bangkit menyamakan kedudukan bagi memaksa skuad Tok Gajah itu menggandakan serangan.
"Minit-minit terakhir kami agak tertekan dan ketika itu baru pemain-pemain menunjukkan usaha mendapatkan gol kemenangan.
"Kenapa tunggu penghujung permainan sedangkan sejak awal lagi kami sepatutnya menjaringkan gol," luah bekas pengendali kebangsaan itu.
Turut menjadi perhatian ialah prestasi pemain import, Austin Amutu, yang menurutnya tidak memberikan impak diharapkan walaupun penyerang kelahiran Nigeria itu menjaringkan gol pembukaan Pahang.
Ketiadaan Patrick Cruz dan Issey Farran Nakajima akibat kecederaan juga menambah kegusaran Dollah yang jelas menampakkan ketumpulan jentera serangannya.
"Saya ketiadaan penyerang tulen di bangku simpanan, itu yang penyokong tidak faham.
"Walaupun menunjukkan peningkatan sejak mula menyertai Pahang, Amutu belum mencapai cita rasa saya," tambah Dollah lagi.
0 comments:
Catat Ulasan