Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 7 Ogos 2018

Kesilapan penjaga gol patahkan semangat juang

Kesilapan penjaga gol patahkan semangat juang




Baca Juga:
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
Sabah bukan hanya pasukan pelengkap

Kesilapan individu dan kerapuhan bahagian pertahanan bukan saja membuat PDRM terpaksa menggigit jari, malah kekalahan besar 2-5 di tangan PKNS dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Piala Malaysia itu semalam nyata sukar diterima pemangku ketua jurulatihnya, Mohd Fauzi Pilus.

Keputusan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu dilihat begitu kejam, tambahan daripada segi permainan, PDRM mampu menghadirkan saingan kepada pelawat, terutama dalam babak pertama.

Namun, kesilapan demi kesilapan, terutama ketika gol keempat ekoran kesilapan penjaga gol, Sheril Anuar Saini, terus menutup ruang PDRM untuk meraih sesuatu dalam perlawanan itu.

Bagi Fauzi, berdepan pasukan daripada Liga Super seperti PKNS, kesilapan sebegitu akan dihukum lawan yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

"Sepatutnya kami boleh memberikan saingan. Memang tidak dinafikan PKNS memiliki pemain berpengalaman, kami tewas terutama kerana kecuaian dan kelekaan di barisan pertahanan.

"Ia termasuk kesilapan penjaga gol yang boleh mematahkan semangat rakan sepasukan," kata Fauzi.

PKNS pula lega mereka mampu mengelak sebarang kejutan daripada PDRM yang dianggap mustahak sebelum berdepan dua pencabar utama kumpulan, Melaka dan Felda United.

Bagaimanapun, pengendalinya, Datuk K. Rajagobal, masih belum berpuas hati dengan prestasi barisan pertahanan yang dilihat mudah bocor ketika diasak lawan.

"Kami perlu lebih fokus bagi mengelak hilang bola. Ketika kedudukan 4-2, kita boleh nampak PDRM semakin yakin untuk memburu jaringan ketiga.

"Inilah perkara yang perlu diberitahu kepada pemain," katanya.

Kredit: Stadiumastro.com
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog