Baca Juga:
Semangat "kasi radu" harus dikekalkan
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
LONDON: Musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) masih tidak berubah apabila dua jaringan Sergio Aguero termasuk jaringan ke-200 bersama Manchester City membantu pasukannya itu menundukkan Chelsea 2-0 pada aksi Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembley, sebentar tadi.
Keputusan itu membolehkan The Citizens merangkul gelaran itu buat kali kelima.
Pertembungan antara juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan juara Piala FA itu adakah aksi tradisi bagi menandakan pembukaan musim baharu.
Namun keputusan terbabit membuktikan masih wujud jurang besar antara kedua-dua pasukan itu meskipun Chelsea kini dikendalikan pengendali baharu, Maurizio Sarri dan mendapatkan khidmat pemain tengah baharu, Jorginho.
Aguero membuka jaringan seawal minit ke-13 selepas menerima hantaran Phil Foden yang menggantikan tempat Kevin de Bruyne sekali gus menjadi pemain City pertama meledak 200 gol buat pasukan itu.
Chelsea yang beraksi tanpa Eden Hazard memerlukan 25 minit untuk melakukan percubaan pertama namun hanya sesekali mengancam kubu pertahanan City sehinggalah Aguero meledak gol keduanya pada separuh masa kedua.
Kejuaraan itu menyaksikan City menjadi juara liga pertama memenangi Piala Perisai Komuniti sejak Manchester United melakukannya pada 2013.

City tumpaskan Chelsea

0 comments:
Catat Ulasan