Sabah harus kekalkan semangat juang tinggi
Baca Juga:
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
Sabah bukan hanya pasukan pelengkap
Selepas berjaya mencuri satu mata daripada Pahang dalam aksi pertama Kumpulan D, Piala Malaysia di gelanggang lawan Sabtu lalu, pengendali Sabah, Jelius Ating, berharap anak buahnya dapat mengekalkan semangat juang ketika bertemu PKNP FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabtu ini.
Walaupun hampir kesemua pemain kali pertama merasai kempen Piala Malaysia, Jelius memuji semangat juang tinggi yang dipamerkan ketika aksi bertemu Tok Gajah dan berharap ia berterusan.
"Seperti saya katakan sebelum ini, kami tidak mahu menjadi sekadar menjadi penyeri kejohanan ini. Ia bukan mudah, namun jika pemain memberikan persembahan 100 peratus dalam setiap perlawanan, tiada yang mustahil dalam bola sepak.
Tonton gol cantik Justin Samaan
"Saya sentiasa memberi kata-kata semangat kepada pemain supaya tidak gentar bertemu pasukan dari Liga Super dan mereka telah buktikan dalam aksi bertemu Pahang, mereka bukan calang-calang pasukan, mereka adalah juara Piala FA," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.
Jelius berkata keputusan seri dengan juara Piala FA itu di tempat lawan memberi motivasi kepada mereka bagi terus memberi saingan sengit dalam kempen Piala Malaysia musim ini.
"Keputusan seri memberi motivasi kepada kami untuk bermain dengan lebih baik," katanya.
Kredit: Stadiumastro.com
0 comments:
Catat Ulasan