Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 17 November 2018

4 pasukan Piala FAM bersaing di Liga Perdana


PENGESAHAN pasukan bagi Liga Malaysia 2019 dalam laman Facebook MFL semalam. - Ihsan FB MFL

4 pasukan Piala FAM bersaing di Liga Perdana



KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan hanya lapan pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan untuk bersaing dalam kancah Liga Perdana musim depan.

Ia susulan nama MIFA dicadangkan untuk menggantikan FELCRA FC dalam Liga Super sementara UKM FC masih belum membuat pengesahan penyertaan untuk bertanding.

Setakat ini, MFL sudah menerima pengesahan dari Negeri Sembilan, Kelantan, MIFA, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), PDRM, Sabah, Sarawak, UiTM FC dan Pulau Pinang.


Pasukan UKM sudah menghantar surat rasmi kepada MFL pada Khamis lalu bagi memohon penangguhan tempoh pengesahan penyertaan mereka sehingga 29 November ini.

Bagaimanapun, Lembaga Pengarah MFL memutuskan untuk tidak membenarkan penangguhan berkenaan dan UKM hanya boleh membuat rayuan dalam tempoh tujuh hari bekerja.

“Lembaga Pengarah MFL membuat keputusan yang tepat. Pasukan harus mengambil serius mengenai pengesahan penyertaan ini.

“Malah, pasukan sudah diberi masa hampir satu bulan untuk berbuat demikian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam semalam.

Berikutan itu, bagi memenuhi 12 slot pasukan bertanding, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mencadangkan empat pasukan dari Piala FAM akan dipromosikan ke saingan Liga Perdana.

Berdasarkan kelayakan, juara dan naib juara Piala FAM musim lalu, Terengganu City dan Selangor United layak secara automatik ke Liga Perdana musim depan.


- bharian.com.my
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog