Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 15 November 2018

Andik pilih kelab Thailand?


PEMAIN sensasi Indonesia, Andik Vermansyah. - Foto Amran Hamid

Andik pilih kelab Thailand?



KUALA LUMPUR: Pemain sensasi Indonesia, Andik Vermansyah tetap 'laku' meskipun khidmatnya ditamatkan Kedah hanya selepas semusim bersama skuad Hijau Kuning.



Pemain yang terkenal dengan julukan 'Messi Indonesia' itu mengesahkan dua pasukan dari Thailand dan dua pasukan tempatan mahu menagih khidmatnya musim depan dengan dia mengakui masih berhasrat untuk beraksi di luar negara sekurang-kurangnya untuk semusim lagi.



Bagaimanapun, dia enggan perbincangan mengenai masa depannya menjejaskan fokusnya terhadap tugasan antarabangsa bersama skuad Indonesia bagi mengharungi aksi Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFF) 2018 yang sedang berlangsung ketika ini.




"Buat masa ini, saya tidak memikirkan untuk kembali ke Indonesia kerana saya mahu terus beraksi di luar untuk setahun lagi sekiranya masih ada rezeki. Ada beberapa pasukan menyatakan minat terhadap saya namun tiada lagi kata putus yang boleh diberikan.



"Mungkin selepas selesai aksi Piala AFF 2018, barulah saya boleh mempertimbangkan mengenai semua tawaran itu," katanya.



Mengulas lanjut mengenai tawaran yang diterima, pemain berusia 26 tahun itu menjelaskan hatinya masih 'kuat' untuk terus beraksi di negara ini walaupun sudah digugurkan oleh Selangor dan Kedah sebelum ini.



"Saya mendapat banyak pengalaman berharga ketika beraksi di sini. Namun saya adalah pemain yang profesional dan perkara sebegini lumrah dalam bola sepak.



"Ya, saya masih mahu beraksi di Malaysia tetapi mungkin ada baiknya jika saya mencari cabaran baharu di Thailand. Apapun, semuanya akan diputuskan selepas aksi Piala AFF 2018 nanti," katanya.



Pemain kelahiran Jember itu mula menyertai Selangor sejak 2014 dan sepanjang empat tahun bersama skuad The Red Giants, pemain sayap lincah itu berjaya membantu pasukannya melunaskan Misi 33 apabila menjulang Piala Malaysia pada 2015.



Andik kemudian menyertai Kedah musim ini dan meskipun beraksi dengan baik, kehadirannya belum cukup untuk membantu pasukan baharunya itu meraih sebarang trofi.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog